Nasi Soto SDS Cafe & Bakery Sememangnya Terbaik!

 Ramadan kali ini, SDS Cafe & Bakery tampilkan 4 buah menu yang sangat lain daripada cafe/restoran  yang lain iaitu Nasi Soto Berlauk. Selalu kita makan soto yang berkuah tu dengan nasi impit sahaja. SDS punya nasi soto memang nasi yang dimasak bersama rempah soto semua. Rasa dia pun sebiji memang macam soto nasi yang berkuah itu. 

Bezanya cuma kita makan dengan sampingan lauk pauk yang lainnya. Setiap menu-menu ni akan dihidangkan bersama kurma, karipap, papadom, telur dan acar. Jom lihat menu-menunya di bawah.

1. Nasi Soto Beef Rendang.


Ha, cuba lihat rendang daging dia. Fara dah cuba memang sedap, daging dia empuk, penuh rempah. Terasa macam rendang nenek kita masak. Lupa nak cakap, kombinasi nasi soto dengan sambal kicap plus rendang ni terasa macam makan lauk-lauk raya. Serius!


2. Nasi Soto Thai Chilli Seafood

Yang pilihan ni sesuai untuk penggemar seafood. Tapi cuma seafood dia agak pedas. Mesti tertanya, apa seafood yang ada tu. Macam korang boleh lihat, aduhhh udang dia beso-beso belaka, bawah udang tu ada kupang gitu. Rasa sedap, cuma saya tak tahan pedas dia yang ini. Kombinasi dia still great dengan papadam dan acar tu. 


3. Nasi Soto Prawn Paste Chicken Chop

Rempah chicken chop tu ada rasa and meresap hingga ke daging ayam tu. Kombinasi dengan sambal kicap tu pun menaikkan rasa dia lagi. Kalau orang Johor, sambal kicap makan dengan semua benda sedap. Makan dengan ayam lagi lah sedap.


4. Nasi Soto Ayam Berempah

Yang ini paling kita suka! Ayam berempah kan. Makan dengan lauk apa-apapun semua sedap ja. Kombinasi overall untuk set ayam berempah ni memang masuk. Lagi satu dia sejenis ayam goreng gitu, tak ada kuah lain, jadi makan dengan sambal kicap dan acar tu tak adalah rasa pelik.

Selain itu, kalau nak bertambah sedap lagi, kena minum dengan minuman limited editionnya juga iaitu Iced Soya Bandung Kurma, Iced Boba Kurma Milk, dan Hot Kurma Milk. Cuma perlu tambah RM5.90++ sahaja jika nak  add-on dengan mana-mana menu di atas. Manakala untuk Hot Kurma Milk, hanya perlu add-on RM4.90++ kalau jika order salah satu set nasi soto di atas.

Inilah dia Iced Boba Kurma Milk. Terliur tak?

Untuk minuman, fara recommended yang Iced Boba Kurma Milk. Bulan-bulan puasa ni Iced boba kurma milk tu memang best, sejuk, creamy dan kenyal. Yang istimewa tentang air ni dia punya boba. Boba dia sedikit berbeza dengan boba yang kita rasa di mana-mana kedai boba tea tu.

Untuk selingan, boleh enjoy dulu tengok video saya dan rakan-rakan review Nasi Soto tempoh hari.


Sempena nak raya kan, SDS juga ada hamper dan biskut-biskut raya untuk korang beli dan bagi gift untuk keluarga dan rakan-rakan.


Menarik tak kuih raya dia? Biskut florentine tu sedap guys buat makan kriak kriuk di pagi raya. Sebelum raya lagi dah habis kalau saya lah. hahaha

Untuk maklumat lanjut dan update terkini, korang boleh pergi ke Facebook SDS Cafe & Bakery.

Post a Comment

1 Comments