Cuba lihat facemask kat atas tu? Comel tak? Limited edition ni keluaran dari Midvalley Southkey tau. Cantik sangat! Semalam, girls day out dengan kawan-kawan masa sekolah. Best sangat. Pada mulanya, ingatkan Midvalley letak beberapa photobooth kuning tu untuk bergambar sahaja. Rupanya, boleh jugak redeem macam-macam kalau you guys berbelanja lebih daripada RM100 in a single resit!
Kami terperasan yang benda ni pun selepas lunch sewaktu nak turun escalator. Dekat dinding depan escalator level 3 tu ada paparkan tentang redeem facemask ni. Pada fara kempen smile yang midvalley buat ni menarik. Seolah olah kempen ini beri kebahagiaan pada pengunjung waktu pandemik melanda walaupun mereka hanya beri facemask comel percuma, cukup buat pengunjung dia rasa gembira dan terus tersenyum.
Sesungguhnya, kempen ni berlangsung dari 29 Mac hingga 14 April 2021. Nak redeem pun ambil masa, kitaorang beratur panjang. Semua pengunjung ambil kesempatan. Jadi, sementara stock masih ada. Pergilah grab, kalau korang jejakkan kaki di Midvalley Southkey Johor Bahru.
Oh ya kaunter pertanyaan yang boleh redeem hanya di North Court Level G sahaja ya. Betul-betul sebelah kedai LEGO. Apabila sampai sahaja di kaunter pertanyaan tu, kitaorang mula pelik lah. Eh kenapa ada dapat facemask, beg kasut lah, facemask case lah. Rupa-rupanya korang boleh pilih salah satu. Kalau tak nak facemask boleh pilih sama ada beg kasut atau facemask case.
Kitaorang ambil facemask sebab facemask ni limited edition manalah ada jual kat luar. Comel pulak tu. Ada kumpulan gambar-gambar emoji smiles. Bukan itu sahaja, korang akan dapat dua smiley card. Kat belakang tu korang boleh tulis apa yang korang nak tulis untuk diikatkan pada booth kuning yang ada tulis 'What makes you smile?' Best kan!
Ini Iffah dan Gayathri kawan saya, apalah tu diorang tulis. huhu |
Ini lah booth smile nya yang korang boleh gantung kad smiley tu. (Depan Dior) |
2 Comments
cute
ReplyDeletenampak cantik design face mask ni , warna pun menyerlah betul
ReplyDelete