Pengalaman Hamil Kembar - Trimester Pertama

Photo: Canva.com

Untuk sesetengah ibu mengandung, trimester pertama lah yang paling mencabar. Anda akan alami banyak perubahan dari segi emosi, pemakanan, aktiviti, motivasi dan fizikal. Kalau untuk first pregnancy macam fara ni, boleh dikatakan agak stress untuk nak hadap trimester pertama buat pertama kalinya. Tak payah cakap lah, fara dah macam orang tak terurus. Kadang rasa nak gila pun ada sebabnya kita rasa kita bukan diri kita yang biasanya. Fara alami alahan yang agak teruk jugak pada trimester pertama ni sampaikan handphone and laptop semua tak sentuh. Setiap kali sentuh tak sampai 5 minit ja nak muntah. Dugaan nak jadi ibu ini bukan senang ya kawan-kawan. Fara memang salute ibu-ibu yang kuat di luar sana.

Pada harini, Fara nak ceritakan serba sedikit pengalaman trimester pertama hamil bayi kembar. Fara tahu yang fara mengandung sewaktu itu baru dua minggu. Masa tu pelik, period tak datang-datang. Tapi senggugut kuat. Balik kerja dah macam orang dalam pantang. Siap baju sejuk dengan stocking. Badan macam bisa-bisa lepastu senggugut kuat dalam 2 minggu lebih berlanjutan. Tapi masa awal2 tak syak mengandung pun, jadi tunggu lah period keluar. Tapi tak keluar-keluar.

Selepas itu, entah bagaimana fara teringin sangat nak makan loaded potato bowl kfc. Plan balik kerja nak singgah kfc, lepastu husband lupa nak singgah. Dah sampai rumah memang tidak lah nak keluar lagi, dah maghrib waktu itu. PKP masa tu kfc pun tutup awal. Tak dapat makan loaded potato bowl tu air liur non stop keluar, mood pun swing habis. Pastu terfikir kenapa jadi gini, terdetik di hati aku ni pregnant ke apa. Pada keesokkan harinya, pergi lah beli pregnancy test tu. Test alamak ada dua line tapi satu line tu samar2. Terus snap, whatsapp mama tanya 'Ma, ini maknanya pregnant ke?' Mama pun jawab 'Tahniah anda mengandung!' Aku still tak percaya sebabnya dia kabur.

Esoknya Fara pergi kerja macam biasa, tempat kerja air cond sejuk sangat, senggugut makin kuat. Saya jadi risau sampai takleh nak tegakkan badan. Kerja pun tak boleh nak fokus. Terus pergi HR kata nak pergi klinik. Pastu pergi klinik dr tu kata kencing kotor. Pregnant mungkin ya tapi awal lagi. So, Dr tu suggest suruh pergi jumpa pakar.

Balik je rumah, terus bagitau husband "I pregnant kot. Tapi line dia kabur lagi. So, I tak berani nak cakap. Pastu tunjuk dia pregnancy test tu." Dia pun terdiam ja happy tu happy tapi tak sure kan. Yelah dua2 first time nak dapat anak. Kemudian, dia pergi tunjuk kat mother in law. Since senggugut kuat that day, mother in law risau takut nak gugur ke apa esoknya dia bawak aku jumpa Dr O&G di KPJ.

Jumpa Dr O&G, dia kata memang sah pregnant after buat urine test. Dia scan tak nampak kantung lagi tapi spotted cyst on the right side of my ovaries ukuran dalam 2.4cm. Dr kata 'Don't worry it's just a tiny cyst. Tak perlu risau. Dia mungkin akan kecut. Tak apa repeat scan in 3 weeks. Tentang baby sac dr kata awk pregnant awal lagi, saya tak minum air full bladder haritu. Jadi, doktor pesan next appointment full bladder. Doktor beri folic acid untuk consume. Sebelum ini, memangg tak consume folic acid. Next appointment, nampak baby sac satu ja, dah 4 minggu. Another appointment, masa 6 weeks. Eh nampak 2 janin. Waktu ini kami suami isteri sangat terkejut. Doktor pun excited sbb dia dah lama tak ada patient twins. Start dr 6 weeks bermula lah episode muntah2 dan alahan saya. Sebelum tu selera makan semua ok ja. Cuma senggugut dgn sakit2 badan.


Apa yang saya alami sepanjang trimester pertama:-

Tidak boleh makan ayam dan nasi. Hanya boleh makan ikan dan buah-buahan sahaja. Air pun boleh minum air ribena dgn sunquick. Air masak langsung tak boleh telan. Minum air masak je muntah. Susu pun tak boleh minum, beli susu utk pregnant tu tak boleh masuk langsung.

Muntah banyak kali sehari. Sampai kadang-kadang tak tahu apa yang nak dimuntahkan apa lagi. Perut pun sampai kena gastrik dan bloated.

Pening kepala yang berdenyut-denyut.

Mabuk kenderaan. Disebabkan mabuk ni, memang tak keluar pergi mana-mana pun.

Tiap-tiap hari macam mengeram dalam selimut. Husband nak buka aircond pun tak bagi. Kipas pun tak nak bukak kuat-kuat. Sebab kalau sejuk sangat badan bisa dan ada kalanya sesak nafas.

Tak suka bau toilet walaupun husband dah cuci banyak kali.

Rambut gugur, ini sedih sangat.

Tidak boleh masak langsung. Tak suka bau orang masak terutamanya orang tumis bawang. Ini sampai sekarang pun. Bau nasi pun tak boleh.

Sewaktu gosok gigi mesti gusi berdarah dan muntah. Kadang rasa terasa tak nak gosok gigi. Apa yang kita dah makan semua terkeluar sayang kan.

Tidak suka bau toilet walaupun husband dah cuci banyak kali.

• Tidak suka segala sabun wangi.


Bagaimana cara saya atasi mabuk hamil?

• Minyak angin. Korang beli lah minyak angin yang korang boleh bau. Kalau farah, hidu minyak kapak tu ja. Boleh bantu lah sikit untuk hilangkan bau yang kita rasa busuk tu especially sewaktu tengah bekerja, kadang minyak wangi atau bau badan kawan kita tu kita bau busuk dan muntah.

• Sediakan gula-gula yang masam, contohnya gula ribena dan lemon halia. Ini wajib ada dalam beg.

• Minum jus untuk kekalkan cecair dalam badan. Kalau macam situasi fara, memang susah nak telan air putih, jadinya keep on buat jus. Belilah macam-macam buah.

Makan makanan yang kering-kering seperti kismis, kurma, aprikot kering, biskut kering. Semua ni membantu kalau saya lah.

Untuk dapatkan tidur selesa, setiap malam minta husband urut kaki dan bahu.


Sewaktu trimester pertama ni saya sememangnya banyak bergantung pada husband. Terima kasih sangat pada husband sbb dia jaga wife dia ni mcm baby. Setiap malam urut kepala badan kaki semua. Kalau tak, tak boleh tidur. Baju semua husband basuh kan sebab wife dia tak boleh bau wangi. Toilet semua dia tolong cuci. Adik fara dan mama juga banyak bantu, tolong masakkan apa yang fara nak makan.

Boleh dikatakan trimester pertama memang banyak habiskan masa atas katil. Badan sangat lemah. Itupun pun ada lah mak cik tegur tak boleh melepek ja. Allahu, cuba dia rasa macam mana selama 5 bulan tak makan nasi, hanya makan buah, sayur dan ikan goreng sahaja. Berat pun turun hampir 10kg. Muka memang pucat. Mama fara diamkan ja, sebab dia pun mengandung sampai 6 bulan alahan teruk. Sebab ikut orang, ada orang memang bertuah pregnant tak ada alahan sangat, boleh buat macam2, boleh aktif. Kalau yang tak boleh tu jangan paksa, ikut sahaja nasihat dr. Doktor pun kata, if twins pregnancy ni tak sama macam singleton. Badan kita memang akan cepat penat, nafas pendek dan lemah sangat.

Fara sewaktu 10 weeks tu doktor detect placenta pun a bit low, so mmg doktor pesan jangan renyah, jangan angkat berat. Tapi memang, fara ada satu hari tu angkat buah tembikai je pun, selepas itu cramp kat perut. Selepas itu, taubat tak nak lagi tunjuk kuat. Setiap orang pengalaman pregnant tak sama, benda yang normal bagi orang lain tak semestinya normal bagi kita. Bak kata nurse kat hospital yang fara check up tu, dia kata ignore je mak cik2 ni, diorang pun entah-entah dah lupa yang diorang tu pregnant macam mana dulu-dulu. Bab orang lain ada ja nak mengomen kan. Untuk ibu yang mengandung di luar sana, kena sentiasa positif dan selalu doa dengan Allah supaya sakit, mabuk kita ni Allah ganti dengan lahirnya bayi yang sihat dan sempurna. Jaga ja diri and baby korang baik2. Kita memang tak boleh nak puas kan hati orang lain.

Apa pengalaman trimester pertama korang? Share lah juga. Hehe

Post a Comment

8 Comments

  1. Pengalaman trimester pertama akak hehehe...x leh dekat ngan suami, x leh bau dia langsung, so PJJ la kami...lepas tu suka pi Petronas..nak bau minyak..giler kan...rasa wangi sangat...hari- hari nak makan kat luar...pas tu makan lepas tu muntah tu biasa...kenangan dulu la masa preggykan seketul Dania tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh kita pulak nak makan masakan kat rumah je. kalau beli luar je tade selera sangat. nanti adalah complain makanan tu busuk lah apa lah. pelik2 kan pembawakan budak 🤣

      Delete
  2. Fiza trimester pertama macam fara. Makan je mesti muntah. Bau bawang confirm muntah. Koje, baring je. Kepala tak payah cakap. Pening berdenyut-denyut memanjang. Kalau boleh dipindahkan kepada makcik bawang rasa tu... Memang Fiza bagi terus. 😂🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. ada rakan sekerja fara dia kata mabuk hamil ni mind set. dia tak kena mabuk patut bersyukur. bukannya kita buat2.

      Delete
  3. Betullah Fara, tak semua org sama. Pernah dgr org kata, macam mn mak kita ngandungkan kita, kita akan alami benda yg sama.. tu pun tak betul jugak.
    Mak akak ngandung akak agak teruk juga mabuknya, tapi masa akak ngandungkan Iman, gagah perkasa, mabuk bila time matahari terbenam aje, pagi elok. Tapi bau masak tak boleh, tapi tetap masak juga sambil tutup hidung, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni start 6 bulan lebih baru boleh masak sikit2. Kalau tak sebelum tu belum mula masak lagi, bau bawang je terus muntah. 🤣

      Delete
  4. Saya belum ada pengalaman! Hehe..tapi saya salute mak mak semuaaa..Terbaik! Lebih rasa nak hargai emak bila sendiri pregnant, selalu dengar kawan kawan cakap camtu..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. bila dh jadi ibu baru lah rasa. macam mana mak aku rasa masa pregnant kan aku. everything semua fikir anak dr diri sendiri. kalau belum ada anak segala keputusan untuk diri sendiri, kalau ada anak, fikir anak dulu baru fikir kita.

      Delete