Foto: Google |
Doa ialah senjata bagi orang mukmin. Tidak kira lah kita dalam keadaan senang ataupun susah, kita perlu sentiasa ingat serta bergantung dengan Allah. Kehidupan tak sentiasanya indah seperti yang kita gambarkan, kita tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku pada kita esok hari nanti. Oleh itu, kita hanya mampu bertawakal dan berdoa pada Allah supaya dipelihara serta dijauhi daripada segala perkara yang tidak diingini.
Manusia sangat lemah. Sekalipun kita kuat tapi di mata orang lain. Segala beban yang kita tanggung, tak mampu nak diucapkan kadang kala. Tapi kita sebagai seorang muslim selalu beringat kita ada Allah. Allah itu maha mendengar sifatnya. Allah akan dengar doa kita walau di mana sahaja kita berada. Allah juga tahu isi hati kita. Jadi, apa pun masalah yang dihadapi cerita dengan Allah dulu barulah bercerita dengan orang lain.
Hari ini saya akan kongsikan beberapa doa yang boleh diamalkan untuk dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita bersama.
1. Doa Nabi Yunus AS
لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Al-Anbiya’:87)
Doa Nabi Yunus AS ini boleh diamalkan sebagai doa harian. Doa ini menunjukkan bertapa Allah sentiasa mendengar setiap rintihan hambaNya yang berada dalam kesusahan seperti mana diperlihatkan dalam kisah Nabi Yunus ditelan ikan nun.
2. Surah Al-Kahfi, Ayat 10
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Maksudnya, “…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”
(Al-Kahfi:10)
Difahamkan ayat ini bagus dibaca sebelum memulakan sesuatu dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.
3. Surah Al Baqarah, Ayat 225 (Ayat Kursi)
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Maksudnya, “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(Al-Baqarah:225)
Ayat ini dalam sebuah hadits diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab merupakan ayat paling mulia di dalam Al Qur’an. Kandungan ayat kursi bercerita tentang kekuasaan Allah yang mutlak dan Allah merupakan penguasa segalanya yang ada di alam semesta serta Allah tidak mengalami kesulitan sedikitpun dalam memeliharanya.
Ayat ini dikatakan sebagai ayat pelindung, jika kita amalkan ayat kursi dalam kehidupan kita, maka hidup akan menjadi lebih berkat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.
4. Surah Taha, Ayat 25-28 (Doa Nabi Musa)
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya, “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.”
(Taha:25-28)
Semoga entri ini dijadikan rujukan dan sama-samalah kita amalkan doa-doa diatas. Saya juga doakan semua para pembaca blog ini dipermudahkan segala urusan.
7 Comments
no 4 tu juga adalah doa yang bole diamalkan bila kita rasa gugup dan gementar untuk berucap di hadapan...nabi Musa a.s berdoa pada Tuhan masa tu sebab dia rasa tak yakin nak sampaikan dakwah kepada satu golongan...Allah permudahkan dengan melancarkan pertuturannya...
ReplyDeletehaah nasib kak sun cakap. dia ada lagi satu doa lain yang berkenaan cerita yang lagi satu tu. hahahah
DeleteAamiin
ReplyDeleteGood sharing. Good job
ReplyDeletenice sharing. insyallah jom sama2 jadikan amalan. semoga semua urusan kita dipermudahkan =)
ReplyDeleteYe.kena amalkan selalu ..moga dipermudahkan urusan selalu.. Amin
ReplyDeleteAyatul Kursi 255
ReplyDelete