Pengalaman Hamil Kembar - Trimester Ketiga

Pengalaman Hamil Kembar Trimester Ketiga

Alhamdulillah syukur pada Allah bagi ibu-ibu hamil yang berjaya ke Trimester Ketiga. Waktu ini kita akan terasa makin hari makin dekat nak jumpa baby. Tak sabar nak menimang anak kan. Trimester ini banyak fokus kepada preparation untuk nak bersalin dan barangan baby.
Sepanjang fara di trimester 3 ni, tak ada masalah sangat. Cuma badan dah start bengkak masuk minggu ke 30. Kasut dah tak muat. Ngam-ngam je rasa pakai. Perut sememangnya semakin berat, tapi gagahkan juga berjalan nak beli barang-barang baby kan. Waktu beli barang baby tu fara memang pakai maternity belt. Untuk support perut yang semakin berat. Terasa macam bawa 5kg beras di hadapan. Jalan pun dah macam penguin.

Selain itu, trimester ni fara berselera makan sikit. Macam-macam nak makan. Berat memang akan cepat naik. Alhamdulillah bagus lah. Tapi still ibu hamil kena jaga pemakanan, jangan makan benda yang memudaratkan terutamanya instant & processed food. Kadang craving, boleh makan cuma berpada. Kalau fara, rasa satu dua sudu je selebih bagi kat adik. Tambahan lagi, mengandung waktu covid ni, memang kena makan makanan yang elok dan berzat supaya imun sistem kuat utk kita dan babies. Ibu hamil memang senang nak sakit. Fara even banyak duduk rumah pun, pernah sekali kena selsema susah naik baik. Dekat seminggu lebih. Ubat selsema pun tak digalakkan ambil sangat sebab takut baby pun terasa effect dia. Mengantuk ke apa bahaya. Jadi fara amalkan makan madu yemen. Risau sangat nasib tak ada apa. Nak keluar pun takut bila perlu ja. Sebabnya, memang utamakan baby dalam perut dari diri sendiri.

Apa yang saya alami trimester ketiga?

• Alahan dah berkurangan. Selera makan semakin bertambah.

Kaki & Tangan start bengkak. Cincin kahwin pun dah tak boleh nak pakai waktu ni. Selipar pun tak muat.

Sakit pinggang. Sepanjang trimester pertama & kedua fara tak ada masalah sakit pinggang. Masuk minggu ke 28 baru rasa.

• Hb makin okay lah. Waktu last check up week 30. Hb 11.0.

Buah dada start bengkak sakit sangat kadang-kadang.

• Cepat penat & mengantuk. Buat benda sikit ja, tapi dia punya penat macam apa. Fara kerap baring dan tidur jugak trimester ketiga ni. Kalau dah mengantuk memang tak boleh tahan. Duduk pun boleh tertido.

• Tidur tak ada masalah. Cuma susah dah nak pusing. Posisi selesa tinggikan bantal dan tidur mengiring ke kiri atau kanan. Akan kerap ubah2 sebab baby dua. Lama sangat ngiring ke kiri, nanti baby belah kiri marah tendang2. Kalau lama ke kanan, sebelah kanan pula marah.

Baby kicks fara catat guna apps. Sehari make sure diorang cukup 10 tendangan dalam masa dua jam. Diorang ni aktif. Kira tendangan macam biasa sama macam singleton. Kita pun tak dapat beza which baby yang tendang. Sebab kalau ikut pengalaman fara, baby suka tendang kat tengah. Sengaja bagi mak dia confuse. Kadang2 je tendang kiri dan kanan. Sentiasa alert lah.

Badan start rasa tak bermaya seminggu sebelum bersalin dan kerap buang air besar. Ingatkan salah makan ke apa. Rupanya tu adalah salah satu tanda nak bersalin.

False contraction mungkin ada tapi fara tak perasan sangat. Seminggu sekali gitu ada baby macam menolak mengeras terasa berat kat bawah. Tak rasa sgt pun false contraction sebab tu fara tak dapat detect dah dekat nak bersalin.

• Start minggu ke 30. Keluar stretch marks banyak sangat dan teruk. Nak kata tak sapu minyak dan cream. Dari 10 weeks pregnant dah sapu. Tapi, bila pregnant twins still stretch marks keluar jugak. Mula2 lega lah trimester pertama dan kedua perut cantik bersih. Masuk trimester ni, kulit saya macam apa penuh stretch marks. Sedih tengok, tapi itulah pengorbanan ibu.

• Perut sangat tegang masuk minggu ke 32. Siapa yang tengok perut fara waktu ini semua rasa macam takut. Mama pun tgk dia kata tegang betul perut sampai merah-merah dah.

• Minggu ke 28, kena seluk dengan doktor sebabnya twin yang kiri dia kerap mengeras. Doktor takut ada bukaan, tapi alhamdulillah belum ada. Risau jugak terlahir awal sangat. Doktor memang selalu pesan, kalau pregnant twin ni kena ready. Risk utk lahir awal tu ada. kena alert dgn tanda2.

• Minggu ke 34 baru start kemas bag dan hari yang saya siap kemas bag ialah hari yang saya dah nak melahirkan. Malam2 buta pergi hospital sebab air ketuban pecah waktu tengah tidur. Yang ini akan diceritakan lanjut di post pengalaman bersalin.

• Tak expect pun nak bersalin awal. My babies aktif je sentiasa, air ketuban dia dh pecah pun masih aktif macam biasa.

Pesanan untuk ibu-ibu yang hamil anak kembar, sentiasa alert perubahan pada diri anda dan pergerakan bayi. Ingat kita ada risk untuk bersalin awal walaupun tak ada apa-apa masalah sewaktu mengandung. Jangan ingat tak ada apa-apa masalah waktu pregnant akan reach 37 weeks. Oh tidak, saya tak ada masalah pun waktu pregnant melainkan hb low tapi tak teruk sgt pun dan waktu nak bersalin kuasa Allah hb tinggi 12.5. Memang tak ada salah silap waktu pregnant yang boleh membuatkan diorang lahir awal. Memang diorang sendiri tak sabar nak lihat dunia.

Jadi ibu kita kena kuat. Selalu dekatkan diri dengan Allah. Apapun ujian waktu pregnant yang kita lalui, insyaAllah berdoa Allah ganti dengan lahirnya anak-anak yang sihat. Pemakanan kena jaga, supplement doktor bagi jangan sekali kali skip walaupun ubat tu kadang buat kita rasa loya. Untuk tentang pemakanan di trimester ketiga fara, tak ada beza di trimester pertama dan kedua. boleh baca post sebelumnya.

Post a Comment

3 Comments

  1. Nervousnya baca. Tak sabar tunggu post bersalin.Phewww

    ReplyDelete
  2. Yang ngandung seorang pun perubahan berubah-ubah, lagikan dua orang, adeii kena cukup kuat kannn..

    ReplyDelete
  3. Huishhh.. seram tapi pengalaman yang cukup bermakna

    ReplyDelete