Si Glidy Sugar Glider Diva!


Inilah Glidy, Sugar Glider betina yang agak Diva. Dua tahun lebih dah dia duduk dengan En. Tunang lepas jumpa dia merayap sorang-sorang waktu tu umur dia baru dua bulan ke tiga bulan kecik lagi. Sekarang dah fluffy and gemuk. Mana tak, makan banyak ja. Makanan favourite dia fish snack dia, dia kalau makan fish snack non-stop. Benda unhealthy tulah dia suka. 

Selain itu, kitaorang kasi dia makan buah-buahan, tapi dia ni makan isi buah ja. Kulit buah ditinggalkan. Selalu bagi dia epal, kulit epal tu mesti dia tak makan. Lagi satu sugar glider lain ada yang makan cacing kan. Minah ni tak makan. Dia memang memilih makan sikit. Diva kan nak makan benda sedap ja.

Haritu baru tukar rumah dia besar sikit and belikan dia pouch baru. Marah betul dia. Sebab dia nak pouch busuk dia jugak. Awal-awal meradang lama-lama dah biasa. Pouch busuk dia tu dah koyak rabak dia kerjakan. Sponge dalam tu semua dia koyakkan. Haihh. Bawah tu gambar pouch dia yang dah lunyai and busuk. hahaha


Post a Comment

18 Comments

  1. Replies
    1. kannn cute.. tapi garang jugak dia nih..

      Delete
  2. Comelnya! Cantik gambar, boleh buat masuk bertanding ni!

    ReplyDelete
  3. hahahah comelnya... sugar glider ni manja kan, teringat makcik akak cerita anak dia ada beli sugar glider lepastu anak dia sambung belajar tinggal lah sugar glider untuk mak nya jaga,... tak lama lepas tu dia mati, mati sebab rindukan tuannya... sedih lak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololo kesiannya. Haah dia takleh rasa sunyi nanti dia sedih. Sugar glider pulak dia mmg tiap2 hari mintak perhantian. 😂 Yang ni reti panggil kalau kita tak bg dia perhatian.

      Delete
  4. alooo comey.. suka juga tngk sugar glider ni..
    da jaga elok mesti makin mok punya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa. kalau bagi makan buah sgt dia tak berapa nak naik. kena bagi makan fish snack tu. cepat gemuk

      Delete
  5. Sis geli dengan jari dia oii hahahaha adeii engko pun membela ek..

    ReplyDelete
  6. mak oi, tunang ko jumpa ke fara...memang rezeki la tu ha...kalo tak, kan kena beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah jumpa. tah siapa punya, kesian kan dia kena kejar dengan burung gagak. bela lah

      Delete