Adsense Ku Kembali Selepas Tukar Domain



Fara pasti ramai yang masih takut-takut lagi nak tukar dot com. Majoritinya, mesti takut tabung adsense tu akan hilang dan takkan kembali. Maklumlah, nak mendapatkan adsense bukannya mudah, ada yang kena apply banyak kali sebab asyik kena reject ja kan.

Fara pun awal-awal ada perasaan takut tu. Tapi, akhirnya memberanikan diri juga. Kalau takut, sampai bila tak ke mana, duduk sahaja di takuk lama tu. Alhamdulillah, dua minggu lebih dah blog saya dah ada domain sendiri. Waktu beli ja domain baru, memang sangat excited. Tertunggu tunggu bila pihak NetKL nak buat pemasangan.

Kalau korang baca entri fara yang Adsense Hilang Ke Kalau Tukar Domain? , dalam entri tersebut, fara ada beritahu dua perkara yang menjadi kerisauan iaitu pageview dan adsense.

Untuk pageview, waktu baru tukar tu menurun lah jugak, tapi tak ada lah ketara sangat pun. Masuk hari ketiga gitu, pageview fara kembali seperti biasa, tak ada banyak perbezaan sangat. 

Adsense pula, Alhamdulillah dua hari lepas, Google baru approve. Fiuhhh lega rasanya dapat kembali menabung. Kalau korang tukar domain, memang kena reapply balik blog korang tu. Tak ada cara lain. Untuk diorang nak check dan proses tu ambil masa dua minggu dan lebih. Bergantung juga ada orang 3 hari dah diluluskan. Kalau ada masalah, macam biasalah dia akan email korang macam2 benda nak kena betul sebelum reapply kan. Fara punya Alhamdulillah, selepas dua minggu apply, approve terus.


Nasihat, sesiapa yang nak tukar domain tu. tukar aja. Jangan takut. Tabung adsense tak ke mana, masih boleh dapat kembali InsyaAllah. :)


Post a Comment

12 Comments

  1. Alhamdulilah, selamat kembali ber-cing cing cing..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..yeehaaa..gembira sungguh bila da approve tu kan...selamat terus menulis dan menabung...

    ReplyDelete
  3. tahniah dah ada domain..
    yang saya ni dok tragak2 lagi nak ke x..
    hehe.. insyallah one day blh ikut jejak Fara..

    ReplyDelete
  4. Tahniah!... dah dapat balik adsense...urusan dipermudahkan...tak byk masalah semasa reapply...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tahniah. moga adsense terus lebat.

    ReplyDelete
  6. Waaa, syioknya rasa ada adsense tu. :)

    ReplyDelete