Jualan Kaw Kaw BookXcess Online Serendah RM1!!!



Helloooo Pencinta Buku!
 BookXcess mengadakan Jualan Kaw Kaw Murah dari 24 hingga 30 Julai 2020
Memang murahh gilaa, lebih 3000 buku-buku Bahasa Melayu harganya serendah RM1 sahaja. 

Jangan risau ada macam-macam jenis genre buku untuk kanak-kanak, golongan remaja dan golongan dewasa. Semua ada. Boleh beli untuk seisi keluarga di samping memupuk minat membaca dalam diri masing-masing. 

Antara buku-buku yang menarik ialah Pekan-Pekan Kertas, Toyol, Hijrah ke Madinah, Kisah Nabi Yunus A.S. Diselamatkan Nun serta siri Raja Katak Ditipu Ular akan dibawa ke laman web BookXcess. Bukan itu sahaja, promosi kali ini juga akan menampilkan buku-buku aktiviti, novel, buku masakan dan banyak lagi!



1. Buku Kanak-Kanak 


Siri Teladan Kanak-Kanak; Harga Promosi: RM1.00; Harga Pasaran: RM7.00

Siri Teladan Kanak-Kanak ini menampilkan kisah-kisah teladan yang dapat membantu mengajar anak-anak tentang adab serta tatasusila. 7 buah buku dalam siri ini bakal menjadi tumpuan anak-anak dalam setiap sesi membaca bersama. Judul-judul yang terdapat dalam siri ini adalah Raja Katak Ditipu Ular, Lenteng yang Sombong, Balasan kepada Keluarga Kera, Helang Yang Bongkak, Sudah Tabiat Serigala, Ayam Serama Yang Bongkak dan Anak Itik Kuning. 



Siri Riwayat Nabi Muhammad S.A.W.; Harga Promosi: RM1.00; Harga Pasaran: RM5.00 

Siri Riwayat Nabi Muhammad S.A.W. ini menampilkan pelbagai kisah-kisah menarik sepanjang hidup Nabi Muhammad S.A.W. Judul-judul yang terdapat dalam siri ini amat sesuai untuk para ibu bapa memberi pendedahan awal kepada anak-anak terutama tentang perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W. 


2. Buku Remaja

Siri Buku Remaja; Harga Promosi: RM1.00 – RM5.00; Harga Pasaran: RM14.00 – RM24.90

BookXcess juga menampilkan judul-judul yang terkenal seperti Pekan-Pekan Kertas, Primadona Orang Muda dan Serigala. Pelbagai juga judul lain yang dibawa oleh BookXcess yang akan menjadi tumpuan utama kepada para remaja. Jualan Kaw Kaw ini juga akan menampilkan beberapa buku terbitan Fixi yang semestinya menjadi kegilaan ramai. 


3. Buku Masakkan


Buku Masakan; Harga Promosi: RM8.90; Harga Pasaran: RM15.00

Secara ekslusif bersempena dengan Jualan Kaw Kaw, BookXcess turut membawakan buku masakan berkualiti hanya pada RM8.90. Buku yang dibawa ini khas untuk mengajar para pembaca tentang selok-belok dalam bidang masakan sambil memperkasakan diri dengannya. 

Tunggu apa lagiiii! Cepat dapatkan segera buku-buku ini semua dengan harga serendah RM1 hanya di bookxcessonline.com

Penghantaran percuma dengan setiap pembelian melebihi RM80 di Semenanjung Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook di facebook.com/BookXcess

Post a Comment

4 Comments