5 Tips Bekerja Di Rumah Dengan Jayanya Sewaktu PKP

Musim Covid 19 ini semua sektor awam dan swasta diarahkan untuk bekerja dari rumah. Mula-mula Fara tak berapa nak suka idea bekerja dari rumah ni sebab kita dah biasa set dalam minda, rumah ialah tempat kita berehat dan luangkan masa dengan keluarga. Balik kerja, kerja semua dilupakan sementara. Bila situasi Covid19 ni semakin memburuk kita semua dah tak ada pilihan. Semua perlu bekerja dari rumah dan duduk rumah diam-diam bagi mengekang penularan wabak Covid 19 ini. 

Benda ini benda baru bagi majoriti masyarakat di negara kita kerana semua orang sudah terbiasa dengan rutin harian yang perlu bekerja di pejabat. Pada awalnya, ramai yang complaint lah. Lagi yang bekerja memang dah biasa simpan semua benda di PC pejabatkan. Lama kelamaan orang akan biasa dengan perkara ini. Cuma boss bila kita bekerja dari rumah jangan lah pun kacau pekerja bukan pada waktu bekerja, ada yang dah tak tahu mana waktu bekerja dengan mana waktu cuti.

Oleh itu, hari ini saya nak kongsikan tips untuk bekerja dari rumah dengan jayanya dan bagaimana nak mengekalkan produktiviti bekerja sama macam bekerja di pejabat.

Photo: Unsplash
1. Pilih tempat yang sesuai dan selesa untuk bekerja.
Kalau rasa tak boleh nampak katil, sila lah bekerja di ruang tamu atau bilik lain. Ada orang atas katil pun boleh bekerja, siap dengan selimut pun lagi. Ikut keselesaan masing-masing. Macam kita, just siapkan meja dan kerusi di salah satu sudut dalam bilik tidur yang tidak akan menghadap ke katil. Katil ni berhantu dan bahaya. Dia sentiasa memanggil untuk tidur. Hias lah meja tu dengan mood ala-ala macam kat pejabat supaya mood nak buat kerja tu hadir.

2. Disiplinkan diri untuk ikut waktu bekerja
Set dalam kepala waktu bekerja aku dari pukul 8am sampai 6pm contoh. Kita memang set waktu bekerja kita macam waktu pejabat. Rehat pun, kita ambil satu jam rehat macam waktu pejabat pukul 12pm hingga 1pm. Kena disiplinkan diri, kalau tak nanti eh nampak adik tengok movie pun rasa nak join sekali. Bahaya nanti kerja tak siap. 

Photo: Unsplash

3. Senaraikan semua tugasan 
Ini penting. Perlu senaraikan semua tugasan dan letak dateline sekali serta susun ikut priority. Kalau rasa tugasan itu urgent, anda sendiri letak dateline tu awal lah sikit. Kalau fara, boss suruh siapkan by next week Rabu, fara akan tetapkan dateline kerja tu awal dua hari sebab nak make sure kerja tu settle on time dan dapat hantar on time. Tapi tulah kadang bila kerja menimbun akan ada yang kena drag jugak. Yang penting jangan suka buang masa dan tangguh kerja.

4. Set waktu bila nak discuss atau update kerja dengan team atau boss
Macam boss fara, dia memang jenis akan set waktu. Selalunya dia akan whatsapp dulu lah tak terus call. Tapi kalau korang kena video call sepanjang waktu bekerja tu tak dapat nak cakap apa lah. Memang hell lah hidup, nak gi makan lunch pun macam kena mintak izin dengan boss. Kalau ada discussion dengan team, set masa sesuai yang semua orang boleh commit. Kalau bujang mungkin tade masalah on ja bila-bila, yang ada anak, suami ni. diorang kadang-kadang kena bagi perhatian kat anak-anak bila bekerja dari rumah ni. So, kena lah faham. Sebab tu tak boleh nak all the time video call, kat rumah ni kekangan dia bila berkeluarga faham-faham jelah.

Photo: Freepik
5. Dengar muzik untuk elakkan mengantuk
Macam fara, kalau tengah banyak kerja yang menulis, tak berapa nak suka dengar muzik sambil buat kerja. Lagi serabut otak. Tapi kalau tengah design ya, muzik boleh boost my creativity and kekalkan produktiviti. Tapi kalau korang jenis sukakan suasana yang senyap ketika bekerja, tips ni macam tak berapa nak sesuai lah untuk korang.

Kalau korang ada tips-tips lain yang menarik untuk dikongsi jugak, boleh lah letak di ruangan comment di bawah. Cara setiap orang kan lain-lain. Selamat bekerja bagi yang kena kerja di rumah dan semoga kekal sihat dan produktif semuanya.

Post a Comment

11 Comments

  1. Selamat bekerja dari rumah Farah hehehehe..
    Kalau nak tengok tempat bekerja Sis, sila nengok posting terbaru hahahaha

    ReplyDelete
  2. dan jangan lupa minum kopi...hahahah

    ReplyDelete
  3. Dugaan betul bila WFH nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Akan datang, mungkin jadi trend benda ni.

    ReplyDelete
  5. hihi cuba jugala nak productive time2 MCO ni ngeh2..
    sejam jela kot focus lepas tu kelaaaaut hehe..

    btw nice tips. those yang mmg kena disiplin bekerja walaupun dari rumah boleh follow..

    ReplyDelete
  6. tempat kite simple je tapi yg penting dekat dengan plug. xyah pakai extension.. hihi

    ReplyDelete
  7. bestnya kalau duduk rumah dan bekerja. Kita kat office, dalam hati berdoa je sebab driver keluar masuk juga tu SG Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Ha ah...ada kelebihan dan kekurangan..
    Selamat meneruskan work from home..kalau Nona, kena Ada air, atau ngunyah ngunyahh... Huhu...tapi ni dah Bulan puasa... Memang kena Ada Muzik..muzik ikut mood .rasa taknak serabut, bukak Muzik plain..Tanpa lirik..kah kahh.melodi ajeee

    ReplyDelete
  9. Dugaan jugak bila WFH ni, especially ibu².. Haishh.. Boleh sakit kepala.. Hahah

    ReplyDelete
  10. Disebabkan WFH, terhasillah small home office saya, hehehe.

    ReplyDelete