|
Photo Source: Unsplash |
London adalah tempat yang agak menarik kalau korang teringin nak ke Europe. Tapi korang pun taukan kos nak ke Europe ni takleh buat main-main and disebabkan itulah farah buat artikel ni farah nak save kan kos flight korang at least. Ekonomi sekarang ni tak menentu and of course kalau kita nak pergi bercuti kita kena kurangkan kos sebaik mungkin. Tak kisahlah kalau korang nak naik kereta atau nak naik flight. And pada zaman teknologi kini segala-gala benda senang dari nak buat online transaction kepada online booking. So kali ni farah nak cerita sikit tentang salah satu airline yang ada di dunia ni dan farah akan cerita sikit macam mana nak cari
cheap Emirates Airlines flight kat korang semua and sikit info pasal Emirates Airlines.
|
Kalau view dari PC, Inilah website Traveloka! Fara memang suka tempah tiket flight pergi mana-mana dari Traveloka. Mudah, murah dan berbaloi. |
If korang nak dapatkan harga tiket murah, first of all korang kena pergi ke web Traveloka atau appsnya. Korang boleh cari
flights to London promo. Selepas itu, first sekali korang pilih tarikh yang korang nak plan, and suggestion farah korang pilih tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu korang akan dapat harga yang best. Pastu korang click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so korang kena search tarikh lain lak. Dia kluar jugak result dari airline lain so korang boleh bandingkan harga senang je kat satu tempat. Siapa sebenarnya Emirates Airlines ni kan? Diorang ni famous sebenarnya sebab diorang dari Emirates group and ada sponsor a few club bolasepak gergasi dunia. Diorang asal dari Dubai, UAE and sala satu leading airlines yang ada inflight entertainment yang terbaik. Dia ada 3 jenis class seating iaitu Economy, Business dan first class. Ikut korang la nak yang mana sebab kesemuanya sangat selesa. Rasa macam di awan, eh ye la kalau terbang memang kat awan kan. Hahaha.
Apa yang korang boleh buat kat London nanti rasa-rasanya? Brick Lane adalah sebuah tempat menarik kat London yang dipenuhi dengan komuniti Bangladesh. Kalau korang teringin nak makan kari, tandori dan sebagainya, bolehlah singgah ke kawasan ini yang menawarkan bermacam jenis kedai makan untuk dicuba. Selain kedai makan halal, kat sini juga terdapat pasar-pasar yang menjual barangan antik, pakaian dan banyak lagi barangan menarik lain. Brick Lane juga terkenal dengan street artnya sehinggakan ianya sering dijadikan lokasi pergambaran video-video muzik. Apa lagi? Sediakan kamera dan terjah lokasi ni untuk meriahkan instagram korang.
|
Oxford Street. Photo Source: Flickr |
Oxford Street adalah lokasi membeli-belah yang paling meriah kat Eropah dan sudah semestinya yang tersibuk di London. Kebanyakan kedai yang terdapat di sini adalah butik-butik berjenama mewah. Sekiranya korang berjalan dari Oxford Circus ke Tontenham Court Road, terdapat kedai-kedai seperti American Apparel dan Topshop. Sepanjang Oxford Circus dan Bond Street pula terdapat banyak kedai-kedai pakaian berjenama terkenal seperti Zara, Gap dan H&M. Dari Marble Arch ke Bond Street, terdapat Marks & Spencer, New Look, Selfridges dan Primark. Selain pakaian, sekiranya korang berjalan-jalan di sekitar Charing Cross Road dan Denmark Street, terdapat banyak kedai buku dan peralatan muzik. Sementara itu di Edgware Road pula terdapat jualan pelbagai barangan elektronik.
|
Leicester Square. Photo Source: Londonist |
Leicester Square adalah dataran yang terletak di West End London. Kat dalam dataran ini terdapat sebuah taman yang menghijau untuk korang yang ingin merehatkan mata daripada pemandangan bangunan yang terdapat di sekitar. Tarikan lain yang terdapat kat Leicester Square adalah tempat-tempat untuk menonton wayang atau teater yang banyak seperti kat Cineworld, ODEON Leicester Square, dan Vue. Dah puas menonton, korang boleh melawat banyak kedai menarik seperti kedai M&M terbesar kat Eropah, kedai LEGO terbesar kat dunia, kedai jualan barangan Jepun kat Japan Centre dan macam-macam lagi! Apa lagi kawan-kawan, cepat la buat booking tu nak tunggu apa lagi!
16 Comments
yang dekat2 pun tak pernah sampai, nak ke london... tapi yelah impian tetap ada untuk sampai ke sana, menengok negara orang
ReplyDeleteKalau lah dapat pegi london memang kedai berjenama lah jadi tempat persinggahan. Haha
ReplyDeleteTips yang bagus kalau nk gi honeymoon next year. Thank you for sharing! btw, BW here and done follow. Follow me back! (y)
ReplyDeletebestnya kalo dpt pegi..
ReplyDeletehurmmm verangan dlu.. hihi
jom Didi pergi sesama
ReplyDeleteMasuk dalam wishlist juga ni, dapat je tiket murah, terus bedal hahahaha
ReplyDeleteleicester square dah tak macam dulu. takde hijaunya ...
ReplyDeleteSeronoknya lah kalau dapat ke london dengan emirates airline
ReplyDeleteuih...ke London kita? tabung tak penuh lagi nak ke London tu..hehehe
ReplyDeletebestnya, berangan dulu la sebelum jadi betul2...
ReplyDeletelondon dalam bucket list. moga dapat jejak!
ReplyDeleteassalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sama seperti sebelum ini.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...
ReplyDeletememang antara airlines yg tingin nak naik.. mudah2an one day =)
ReplyDeletewahhhh.. best :)
ReplyDeletejomm ke londang.. hehehe
ReplyDeleteNiceee..one day I will go thereeeee...hehe
ReplyDelete