Resepi Ringkas Avocado Smoothies Yang Sedap!

Foto: https://blog.bulletproof.com
Ramai yang mungkin tak berapa suka nak telan avocado makan begitu sahaja. Ada juga yang curious Avocado ni rasa dia macam mana. Banyak yang tak mahu beli buah avocado tu sebab tak reti tengok bila avocado tu dah masak and sudah siap boleh dimakan ataupun dibuat jus/smoothies. Yang kes ni boleh tengok entri fara yang sebelumnya 'Bagaimana Nak Tahu Buah Avocado Dah Masak'

Kalau dah tau.. barulah boleh ikuti resepi ini.. Resepi ni ringkas ja.. tak ambil masa yang lama pun.. bahan pun tak banyak.. dia sekadar smoothies ringkas utk korang minum sebelum makan, waktu sarapan atau waktu tengah hari yang panas terik tu.. kalau bulan puasa, boleh lah buat air ni untuk berbuka puasa kan..

Bahan-Bahan 
(Resepi Untuk Satu Jag)
✔4 biji buah avocado
✔1 cawan susu segar/susu cair/susu full cream/susu rendah lemak
✔Gula Melaka/Gula Merah/Madu secukupnya
(kalau guna gula melaka/gula merah.. make sure cairkan dulu ya)

Farah dah biasa buat untuk satu family.. Jadi memang akan buat satu jag penuh.. lagipun kalau korang buat satu jag penuh pun boleh minum bila-bila kan.. Kalau korang nak buat sedikit atau lebih banyak  lagi, pandai-pandai lah agak sendiri berapa banyak nak letak susu, gula/madu tu.. Ikut citarasa korang... kalau nak rasa creamy lebih.. lebihkan susu tu.. Kalau susu yang fara selalu guna ialah Dutch Lady yang Full Cream tu ataupun susu cair brand carnation tu.. Sbb kedua-dua susu tu rasa lemak manis dia sedap..

Cara-Cara
📌Mula-mula buang dulu kulit dan biji avocado tu.
📌Isi dia semua masukkan dalam blender.
📌Kemudian, masukkan sedikit air, susu dan akhir sekali gula yang telah dicairkan/madu.
📌Blend sampai nampak smooth dan sebati.
📌Selepas itu, korang rasa lah kalau kurang manis tambah lagi gula, nak creamy tambah lagi susu.
📌Tadaaaaa. Siap punnn!

Simple dan Ringkas kan.. Jadi, nanti pembaca sekalian boleh lah cuba resepi ni.. pasti dijamin enak dan berkhasiat buat anda semua! 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blogku!


Post a Comment

14 Comments

  1. Boleh cuba ni untuk berbuka puasa.

    ReplyDelete
  2. sedapnya. i love avocado. selalu order avocado + coklat kt kedai (if ada la) hehe

    ReplyDelete
  3. Terlihat sedap sekali ...
    Creamy juga bergizi.

    Siap kupraktekan pembuatannya, kak

    ReplyDelete
  4. alahai...terus rasa teringin..thanks share ye..nanti nak cuba la..akak suka avocado

    ReplyDelete
  5. sedap tuuuu...campur coklat, jadi la jus alpukat koko..haha..macam kat indonesia

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni selalu nampak ramai orang Malaysia consume anything avocado termasuklah avocado smoothie.

    ReplyDelete
  7. Mama x reti makan avocado tapi boleh l try nanti

    ReplyDelete
  8. nampak sedap dan mudah nak sediakan...

    ReplyDelete
  9. fav sgt klau avocado drink ni.. sbb sedap dan pekat.. boleh cuba lah resepi ni

    ReplyDelete
  10. sedap ni kalau buat. nak cari avocado ni yg susah sikit

    ReplyDelete
  11. memang sedap!... nina guna sos coklat bt style di indonesia

    ReplyDelete