Nasi Kerabu Riang Ria Ramadan di SDS Cafe!


Menu Ramadan SDS kali ini sangat istimewa dan menarik betul. Bukan nasi kerabu biasa-biasa tau korang.. Ini nasi kerabu limited edition dan hanya ada di SDS Cafe.. Nama setnya ialah Riang Ria Ramadan, jadi set nasi kerabu dia pun meriah lah siap ada 4 menu berbeza!

Wahhhhh. Serius lah 4 menu berbeza! Luar biasa sungguh! 
Apa yang membezakan 4 set ini ialah menu utama dia iaitu “Sambal Hijau Whole Leg”, “Ayam Berempah”, “Rendang Chicken”, dan “Ikan Bakar (Tilapia). Semuanya sedap-sedap belaka! Dekorasi di pinggan pun meriah sangat terasa macam makan kat kampung, siap ada satay ayam, keropok, sayur, acar serta telur rebus.

Nasi Kerabu Sambal Hijau Whole Leg

Nasi Kerabu Ayam Berempah

Nasi Kerabu Ikan Bakar (Tilapia)

Nasi Kerabu Chicken Rendang
Set Nasi Kerabu ni siap minuman juga tau! Minuman ada tiga jenis korang boleh pilih sama ada Iced Kurma Milk, Iced Teh Tarik, Iced Lemon Tea dan Iced Bandung Soya! Set ni tak ada air panas, sebab bulan puasa kan ramai orang mesti cari air sejuk sebab nak melegakan tekak kan..
Range harga per set dalam RM16.90++ hingga RM18.90++




Saya berkesempatan rasa setiap Set Nasi Kerabu Riang Ria Ramadan ni.. Semuanya sedap sangat! Sambal tumis dia sedap seperti masakan mak-mak kita! Set yang menjadi kesukaan kita ialah Set Nasi Kerabu Ayam Berempah dan Set Nasi Kerabu Ikan Bakar tu! 

Set Ramadan ni bermula dari 3 Mei hingga 14 Jun 2019!
Apa tunggu lagi!! Buka puasa nanti, ramai-ramai pergi serbu SDS Cafe lah ya!!
InsyaAllah rasa makanan dia tak mengecewakan!

Bukan itu sahaja, sempena Ramadan ni juga, di beberapa outlet SDS akan ada set Ramadan Take Away serendah RM6.90 untuk yang sibuk bekerja, tak sempat nak masak, boleh lah beli dan bawa balik berbuka dengan keluarga tersayang.


Untuk yang Set Take Away ni ada 5 menu istimewa iaitu “Mushroom
Aglio Olio”, “Golden Fish Fillet Aglio Olio”, “Chicken Bolognese”, “Carbonara”, and “Grilled Chicken Chop Aglio Olio”.

Kesemua Set Ramadandan Set Take Away SDS Cafe akan bermula dari 3 Mei hingga 14 Jun 2019 di beberapa outlet SDS iaitu Mid Valley Southkey, Plaza Pelangi, Taman Pelangi, Desaru, AEON Tebrau City (FANPEKKA CafĆ©), Taman Johor Jaya, City Square, Kota Tinggi, Taman Perling, EON Kulaijaya, AEON Bandar Dato’ Onn, Taman Universiti, Paradigm Mall Johor Bahru, KSL City, and AEON Bukit Indah.


Post a Comment

20 Comments

  1. meriah betul rice to Wednesday dia ni hehehe

    ReplyDelete
  2. perghhh sedapnya
    singgah n follow back
    keep in touch

    ReplyDelete
  3. tp nape ns kerabu ni takde dia punya sambal2 ns kerabu yg biasa tuh... mcm sambal tumisnya, sambal kelapa, kuah budu masak, n sambal cili nya... ni tak berapa original ni hehehe....

    tp mmg nampak menggoda juga

    ReplyDelete
  4. Nasi kerabu tu nampak menyelerakan. Rindu pula nak makan nasi kerabu.

    ReplyDelete
  5. semua sedap-sedap kannnn! paling suka tilapia bakar!

    ReplyDelete
  6. Nanti mesti nak buka di SDS...setiap tahun mesti makan di situ ...

    ReplyDelete
  7. nampak pun dh terliur... hehe... salam ukhwah sis

    ReplyDelete
  8. wow...nampak sangat menyelerakan..

    dengan pelbagai warna yang cukup menarik..

    memang teruja la nak makan

    ReplyDelete
  9. Perghhh tu dia. Colour biru-biru. Sedapnyaa

    ReplyDelete
  10. Nampak sedapnya dan ekslusifnya nasik kerabu dia..sayang nak makan..

    ReplyDelete