Sedapnyaaa Matcha Latte Wacha!

Mempersembahkan Matcha Latte dari Wacha!
Hi semua!
Entri kali ini special sikit untuk peminat bubble tea di luar sana!
Pernah dengar tentang Wacha Tea? Mesti ramai lagi yang tak tahu kan. Kedai dia terletak di Holiday Villa Hotel. Untuk pengetahuan korang, Wacha Tea ni baru sahaja dirasmikan pembukaannya pada Februari lalu.

Alhamdulillah, ramai sangat yang hadir memeriahkan majlis. Mana tak ramainya, bubble milk tea dia sedap sangat! Lepas tu masa grand opening tu ada pertandingan, lucky draw dan 100 minuman Brown Sugar Baby Pearl Percuma untuk pelanggan yang terawal datang.

Sebelum kita nak kasi review, korang tengok dulu video minuman signature diorang 'Brown Sugar Baby Pearl'. Pasti terliur punya!


Alright, pada haritu kita order Matcha Latte. Kawan-kawan yang lain ada lah oder chocolate latte, brown sugar baby pearl, mocha latte dan sebagainya. Kemudian, masing-masing rasalah sedikit sebanyak semua flavour yang dipilih tu! Alhamdulillah, semuanya sedap terutamanya Matcha Latte dan Brown Sugar Baby Pearl tu!

Matcha Latte dan Mocha Latte! Foto: Sis Lin
Yang menarik cara nak order kat sini, korang boleh custom made order korang nak super manis ke, sederhana manis ke atau tak nak ada manis langsung! Just cakap sewaktu nak order tu! Begitu juga dengan baby pearl tu, pearl dia comel dan sedap sangat bila kunyah-kunyah dalam mulut. Siapa yang tak suka pearl boleh je hanya order minuman tetapi tidak perlu tambah pearl.

Menu Signature Series dan Cheesecake Series Wacha!
Range harga minuman di sini ialah RM8.90 - RM15.90

Matcha Latte yang kita order tu harga dia RM10.90 sahaja!
Rasa dia sedap, gula, susu dan matcha dia semua rasa seimbang! Matcha dia pekat sikit.. Kita suka aja, tapi ada sesetengah orang tak berapa nak suka rasa kepekatan matcha tu! Citarasa masing-masing kan..

Jika diberi peluang, memang nak repeat lagi dan nak rasa yang Cheesecake Series tu! Nampak sedap dalam gambar. Haritu nak try, tapi yang cheesecake tu tak available so kena datang hari lain!

Cuaca kalau tengah panas gini, kalau minum bubble tea memang sedap!
Jadi, siapa yang duduk area Johor Bahru ni yang mengidam milk tea boleh lah try Wacha Tea ni.
Very recommended yang Brown Sugar Baby Pearl dan siapa suka matcha boleh cuba yang Matcha Latte!👍

Lokasi:
G21, Holiday Villa JB,
No 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad
80250 Johor Bahru

Waktu Operasi:
3pm - 12am
Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa!

Facebook:
https://www.facebook.com/wacha.tea/

Instagram:
https://www.instagram.com/wacha.tea/

Post a Comment

8 Comments

  1. Wah, nampak sedap dan menarik.Terliur pulak hee.

    Ika datang singgah sini sis. https://sicasjjm.blogspot.com/2019/03/book-review-lelaki-neraka-by-asraf.html

    ReplyDelete
  2. Terus teringin ni uiii..nasib kat Paka ni ada CoolBlog hehehehe

    ReplyDelete
  3. Lama tak minum matcha dengan pearl.. Nampak menarik..

    ReplyDelete
  4. teringin nak minum yang cheesecake tuuu

    ReplyDelete
  5. nampak sedap, nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  6. Nampk sedap tp Yea tak minum green tea. Hihi

    ReplyDelete