Buat E-Cards Guna Greetings Island - Blog Faradidi

Breaking

Thursday, November 29, 2018

Buat E-Cards Guna Greetings Island


Korang pernah dengar tentang Greetings Island? Apa itu Greetings Island?
Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin ada yang tak pernah dengar langsung. Ok, saya tujukan post harini untuk sesiapa yang tidak pernah tahu langsung tentang kewujudan Greetings Island ini. Meh saya nak cerita dan tunjuk ajar cara nak guna laman web dan aplikasi Greetings Island ni.

Greetings Island ialah satu platform yang menyediakan bermacam-macam  template design untuk kad ucapan, kad jemputan dan e-card untuk pelbagai majlis. Korang boleh buat macam-macam kad melalui palatform Greetings Island ni. Kad untuk majlis hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan, hari guru dan majlis perkahwinan.

Apa yang best pasal Greetings Island ni?
  • Kesemua design template yang ada di laman web ini adalah 100% PERCUMA. Korang boleh gunakannya sebaik mungkin dan tanpa had. Tak perlu bayar apa-apa.
  • Korang boleh mencetak, memuat turun dan bebas sebarkan kad yang korang buat tu dalam talian, whatsapp, facebook dan Instagram.
  • Korang pun boleh upload korang punya own design
  • Boleh pilih satu page atau 4 page untuk invitation card tu
  • Boleh pilih sampul surat DIY untuk kad korang, comel-comel tau design sampul surat tu
  • Available untun android dan ios user. Kalau tak nak download apps pun boleh create kat di website www.greetingsisland.com
Manarik tak? Kalau menarik download cepat aplikasi Greetings Island atau pergi ke laman web www.greetingsisland.com

Cara nak buat kad guna Greetings Island

Tak perlu log in pun boleh untuk buat kad. Log in bukanlah syarat untuk nak guna aplikasi atau website ni. Kalau nk log in lebih baik boleh simpan design kad yang korang dah buat.




Apa beza Invitations dan Cards?
Sebab kalau tengok dua-dua sub contents dia hampir sama, yang invitations pun ada birthday, wedding, holidays.. yang cards pun ada sama. Ada beza sebenarnya kalau korang dah explore. Beza dia ialah:-
  • Invitations: Dikhaskan untuk buat kad jemputan/announcement yang hanya satu muka surat sahaja. Kita nak jemput orang akan gunakan yang ni.
  • Cards: Untuk buat semua jenis kad dan dia provide 4 muka surat dan boleh pilih layout kad sendiri untuk setiap page.
Seterusnya, saya bagi contoh. Kalau kita nak buat kad untuk ucapkan Happy Birthday kat kawan kita. Kita akan pilih Cards. Kemudian, klik Birthday dan pilih template yang tersedia.


Lagi satu nampak tak ruangan Filters kat bahagian hujung belah kiri. Boleh pilih tau size kad yag korang nak, sama ada horizontal, vertical atau square.

Selepas dah pilih size, template semua, lihat gambar kat bawah ni, nampak tak button hijau sebelah template yang korang pilih tu. Button yang ada tulisan customize tu korang klik.



Dah klik customize tu, Boleh lah edit nama, tulisan, warna semua. Langkah seterusnya, klik edit inside. Dia akan buka ke muka surat seterusnya.

Kemudian, pilih layout untuk page seterusnya. Nak layout yang boleh letak gambar sahaja ke, tulisan sahaja ke atau kedua-dua pun boleh. Macam gambar kat bawah ni, kita pilih layout yang boleh letak gambar dan tulisan. 


Dah pilih, edit jelah. Boleh masukkan gambar dan caption. Font, warna, size semua boleh diubah ikut citarasa masing-masing.

Boleh ubah warna dan saiz font

Kalau sesiapa yang tak reti nak karang ayat, boleh klik pada suggested message. ha kat situ dia dah listkan ikut majlis tinggal pilih sahaja.



Alright, kalau semua dah siap boleh lah nak save as pdf ke, nak print ke atau nak hantar terus online kat whatsapp, facebook, instagram semua pun boleh. 


Nah, Itu ja. mudah tak. Nanti selebihnya korang boleh explore sendiri website dan aplikasi Greetings Island ni. Kalau nak membuat kad melalui aplikasi dia pun senang. Caranya lebih kurang sama. Untuk memudahkan, kita pun ada sediakan tutorial untuk korang. Just play video di bawah ni.



Kesimpulanya, Greetings Island sememangnya pilihan saya nak hantar e-cards kat rakana-rakan di whatsapp terutamanya apabila birthday diorang. Benda ni dikira sebagai alternatif dan pemudah cara untuk buat kad secara instant atau cepat. Maklumlah dunia sekarang kan, semua di hujung jari. Semua benda nak instant sebab kadang-kadang tak ada masa nak buat dan idea nak design kad adakalanya tak datang sepantas kilat. 

Jadi, fara nak korang pun cuba hantar e-card ni kat orang tersayang dan kawan-kawan korang. Mesti mereka akan rasa dihargai dan disayangi. Selamat Mencuba!

3 comments:

  1. masya Allah...rajinnya seorang fara didi membuat tutorial..haha

    ReplyDelete
  2. Wowww ! bestnyeee..ok, thanks infoo..nanti nak terjahhhh

    ReplyDelete