Spa Kecantikkan Pretty Vallet Kini Dibuka Di Johor Bahru


Pada Sabtu lalu, saya dan rakan bloggers yang lain diberi kesempatan menghadiri grand opening spa Pretty Valet di Adda Heights. Ini merupakan cawangan pertama mereka yang dibuka di Johor. Pada sebelumnya, mereka mempunyai cawangan di Pulau Pinang dan Selangor. Ketika di majlis pembukaan, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pelanggan mereka. Antaranya ialah Demonstrasi Make up, Demonstrasi Hair Analysis dan Demonstrasi Skincare.

Spa Pretty Valet di Adda Heights
Rugi bagi sesiapa yang tidak dapat hadir ke grand opening mereka, pelbagai aktiviti menarik dan promosi besar-besaran diadakan. Semua tetamu yang hadir diberikan peluang untuk menganalisis kulit dan rambut masing-masing secara percuma serta dapat berbincang berkenaan rawatan yang sesuai untuk masalah kulit/rambut yang dihadapi. Pretty Valet turut menawarkan harga promosi yang sangat berbaloi bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan awal di spa Pretty valet.

Saya juga mencari peluang untuk membuat analasis kulit dan menanyakan tentang produk serta rawatan yang sesuai untuk masalah kulit yang saya alami. Sesungguhnya, saya berpuas hati dengan konsultasi yang diberikan oleh beautician Pretty Valet. Mereka sangat ramah dan sangat membantu.

Konsultasi Analisis Kulit daripada Beautician Pretty Valet

Konsultasi Analisi Rambut bersama Beautician Pretty Valet 
Bagi sesiapa yang ingin menjadi lebih cantik, boleh lah berkunjung ke spa ini untuk konsultasi dan bincang berkenaan masalah kulit/rambut yang anda sedang hadapi. Beautician akan menganalisis kulit korang dan cadangkan rawatan yang sesuai berdasarkan jenis kulit dan masalah yang korang alami.

Kalau nak mencuba dulu, korang boleh cuba buat rawatan basic yang disediakan oleh Pretty Valet iaitu PV Silky Facial (RM50) dan PV Baby Skin Facial (RM70).

Saya dan Beautician Pretty Valet, Kak Siti
Pretty Valet menawarkan servis rawatan kecantikkan kepada semua jenis individu dengan harga yang berpatutan. Rawatan yang disediakan akan mengikut jenis masalah kulit yang pelanggan alami kerana setiap pelanggan mempunyai struktur kulit yang tersendiri dan masalah berbeza. Selain itu, Pretty Valet juga membantu pelanggan untuk menjaga kecantikkan secara konsisten dengan memberi rawatan kulit yang sesuai supaya dapat meningkatkan keyakinan diri pelanggan.

Antara jenis rawatan yang ada di Spa Pretty Valet:-
  • Rawatan Pencerahan
  • Rawatan Jerawat
  • Rawatan Parut
  • Rawatan Pigmentasi
  • Rawatan Rambut
  • Rawatan Anti-Penuaan
  • Rawatan Mata

Rawatan yang ditawarkan oleh Pretty Valet

Antara produk yang dikeluarkan oleh Pretty Valet:-
  • Kosmetik
  • Dermacare
  • Nutricare
  • Haircare
Produk Penjagaan Kulit Wajah Pretty Valet

Produk Penjagaan Kulit Wajah Pretty Valet

Produk Penjagaan Rambut Pretty Valet

Minuman Kesihatan dan Kecantikkan Pretty Valet

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin
11 pagi hingga 8 malam

Lokasi Pretty Valet

Pretty Valet HQ
No. 17, Jalan Damai Mewah 2,
Taman Damai Mewah,
43000, Kajang Selangor.

Pretty Valet Penang
NO 6, Ground Floor, 
Jalan Todak 5, 
Pusat Bandar Sunway, 
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Pretty Valet Johor
No. 27-G, Jalan Adda 3/1,
Taman Adda Heights,
81100, Johor Bahru, Johor.

Untuk maklumat lanjut,

Website:
www.prettyvalet.com

Boleh segera hubungi:
Penang - 018-2599739
Johor - 018-2633936

Instagram:
https://www.instagram.com/prettyvalet_official

Facebook:
https://www.facebook.com/Pretty-Valet-Skin-Spa-1920217784732775/

JDT Bloggers bersama Pengasas Pretty valet Encik Syafiq Farhan dan Isteri, Puan Shida
Terima kasih Pretty Valet sudi menjemput kami.

Post a Comment

0 Comments