Review Coklat Green Tea Beryl's


Hai semua peminat teh hijau sekalian. Dua hari lepas, kita singgah ke Hero Market, saja nak tengok ada tak coklat-coklat yang rare, yang tak ada kat supermarket lain, saja nak review coklat. So, I came accross this one chocolate called the Beryl's Matcha White Chocolate.

Alasan nak beli coklat tu pertama sebab kita memang peminat semua produk teh hijau. Kedua bungkusan dia cantik, kemas dan menarik. Perempuan kan suka tengok benda-benda lawa gitu. hahahaha. Ketiga sebab dia ada logo halal. Uishh beli makanan yang rare ni wajib kena tengok ada ke tak logo Halal supaya makanan yang kita bawa masuk ke dalam kita dari sumber bersih, selamat dan suci dan tak akan beri kesan pada kita di kemudian hari.


Seterusnya, rasa dia. Rasa dia sedap bagi sesiapa yang sukakan green tea. Rasa green tea dia lebih kuat berbanding white chocolate dia. Kalau siapa yang tak berapa nak suka rasa green tea kuat, dia akan tak suka lah coklat ni. Pada saya coklat ni sedap, cuma saya lebih prefer coklat green tea yang lebih white chocolate dia bukan lebih green tea dia sangat.


Kalau dibandingkan coklat ni dan kit kat green tea tu. Kita lagi prefer kit kat green tea tu sebab white chocolate dia lebih. Tapi sungguh gitu coklat ni sedap dan tak manis sangat. Korang boleh cuba lah cari coklat ni kat Hero Market atau kedai-kedai coklat yang menjual coklat-coklat yang rare. Harga sekotak kalau di Hero Market hanya RM6.50. 

Post a Comment

11 Comments

  1. macam menarik ni.. boleh cari nanti..

    ReplyDelete
  2. sayaaaaaaa pun peminat green tea! boleh cuba juga nanti!

    ReplyDelete
  3. OMG i would love to try it! Sejak akhir2 ni memang hana suka matcha hehe

    btw, thanks sbb singgah blog hana. Hana singgah sini dan follow kak farah :) oh ya, hana pun student masscom jgk tp diploma la baru hehe nice to meet you kak Farah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hana! thank you sudi singgah blog kita jugak..

      Delete
  4. Menarik tapi tak jumpa lagi produk ni. Nanti nak jugak cari. Apa² pun terima kasih sudi singgah dan follow blog Fiza.

    Fiza follow sini ye. Selamat berkenalan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks singgah and follow. :) kalau jumpa produk ni nanti beli. hehe

      Delete
  5. Cantik bungkusan dia.. memang menawan untuk dibeli..

    ReplyDelete