Pada 17 November lalu, saya dan rakan-rakan blogger berpeluang berkunjung ke Kilang MOHA Biotech yang terletak di Kulaijaya. Kami berada di sana dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang. Sesungguhnya pengalaman bersama mereka sangat berharga dan saya belajar banyak mengenai kilang OEM yang mematuhi piawaian NPRA, Kilang yang ada pengiktirafan Halal dari Jakim serta bagaimana untuk hasilkan produk sendiri.
![]() |
Pengurus Kilang MOHA Biotech, MD Khalid Mohammad menerangkan tentang bahan-bahan aktif yang terdapat di Makmal MOHA Biotech |
Latar Belakang Kilang MOHA BIOTECH
- Kilang ini sudah beroperasi sejak tahun 2014.
- Kilang OEM yang berstatuskan GMP (Good Manufacturing Practice) dan HALAL.
- Syarikat yang dimiliki oleh 100% bumiputera muslim.
- Menawarkan perkhidmatan sebagai pengeluar dan pengilangan makanan dan kosmetik untuk jenama sendiri.
- Mempunyai rangkaian eksklusif dengan pengeluar bahan mentah terkemuka dari seluruh dunia.
- Menjalankan kajian dalam bidang penghasilan produk kecantikkan dan kesihtan serta sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dengan keadaan perkembangan teknologi dunia semakin pesat, semakin cekap juga manusia dalam menyebarkan fakta atau auta tentang penghasilan produk kesihatan dan kecantikkan. Sehinggakan sesetengah orang telah mempunyai persepsi buruk terhadap kesemua kilang OEM di Malaysia ini.
![]() |
En Khalid menerangkan mesin pembungkusan serbuk dalam bentuk sachet atau packet. |
Apa itu Kilang OEM?
OEM atau nama lainnya Original Equipment Manufacturer. OEM membawa maksud kilang yang mengeluarkan sesuatu produk untuk seseorang/founder di bawah jenama mereka sendiri. Bukan semua kilang OEM melanggar peraturan yang ditetapkan oleh KKM. Setiap kilang OEM yang berdaftar di bawah KKM, mereka perlu mematuhi segala peraturan atau piawaian yang ditetapkan oleh NPRA. Bagi MOHA Biotech, mereka akan ikut apa kehendak pelanggan mereka selangi tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh NPRA.
Kelebihan Pengilangan OEM di MOHA BIOTECH
- MOQ rendah, harga boleh dirunding
- Formulasi dirahsiakan dan berbeza dari kilang lain
- Bimbingan pembungkusan idea menarik
- Bantuan pendaftaran KKM dan Halal
- Bimbingan pemasaran
![]() |
Pengilangan menghasilkan serum |
![]() |
Antara contoh fragrance yang boleh digunakan dalam produk |
![]() |
Saya sedang kacau campuran bahan untuk buat facemist sehingga sebati |
![]() |
Serum dan Facemist yang telah saya hasilkan |
Jika berminat untuk menjadi usahawan keishatan ataupun kosmetik brand sendiri, boleh lah berkunjung ke
Alamat:
No 17 Jalan Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah 43000 Kajang Selangor
Kilang:
No.1140, Jalan Sri Putri 3/2, Taman Putri,81000 Kulaijaya Johor
Website
![]() |
Bloggers/Vloggers bergambar bersama Pengurus MOHA Biotech, En Mohd Khalid |
2 Comments
wah bestnya buat serum & face mist sendiri
ReplyDeletemenarik
ReplyDelete