Pengalaman Hamil Kembar - Trimester Kedua

Twin Pregnancy

Hi semua!

Orang kata trimester kedua ni trimester yang indah, sebabnya kita dah tidak muntah lagi, selera makan datang kembali dan lebih bertenaga. Boleh makan macam-macam, boleh aktif, boleh jalan-jalan. Sebenarnya, bergantung pada individu tersebut. 

Kenyataanya tidak bagi saya, alahan mengandung saya teruk sampai 6 bulan lebih dah nak masuk trimester ketiga tu barulah terasa indahnya hidup dapat makan macam-macam. Barulah rasa sedapnya ayam. Selama ni ayam tu busuk gila bau macam bangkai. Bila dapat makan ayam ja. Apa lagi segala ayam goreng saya nak beli 🤭. Maklumlah balas balik setelah beberapa bulan tak dapat menikmati kesedapan ayam. Kalau tak asyik makan ikan sahaja. Naik bosan sudah.

Sebelum ini, berat memang turun sangat-sangat. Waktu dah start boleh makan ni, makan non stop pulak. 🤣 Sampai naik 3kg dalam sebulan. Kenalah pastu minum air gula. Nasib tak sangkut GDM. Kadar gula masih dalam paras yang normal. Cuma tulah sangkut kat HB. HB low aja tiap kali check up. Makan dah semua orang sarankan. Nak kata tak makan seafood tu semua. Sewaktu mengandung suka makan seafood lagi dari makanan lain. Tak tau lah mana silapnya. Doktor kata takpe masih ada masa, kita naikkan perlahan lahan. 

Disebabkan HB Low, saya tak boleh jalan atau berdiri lama. Mesti nak pitam dan selalu rasa nafas. Jadi, doktor tambah ubat tambah darah. Jadinya, kena makan dua ubat tambah darah iaitu Iberet dan Maltofer. Nak kata risau bukan tak risau. Hanya mampu berdoa HB fara naik bila nak bersalin nanti dan Allah cukupkan lah apa yang aku tak mampu cukupkan untuk babies. Tapi, Alhamdulillah. Allah tu maha berkuasa. Dia jaga kedua-dua baby dalam kandungan dengan baik. Kedua-dua bayi membesar dengan sempurna dan ikut minggu.

Ultrasound scan dia waktu 25 minggu. MashaAllah comel nampak hidung mulut dia semua sempurna. Lega rasanya. Siap sangap lagi. Besar masing-masing pun tak banyak beza. Takut juga kalau salah sorang tak cukup nutrisi ke. Tapi kembar saya dcda should be kurang risiko dan berat mereka tak banyak beza pun.

Apa Saya Alami Sepanjang Trimester 2

• Masih tidak boleh makan ayam dan nasi. Hanya boleh makan ikan dan buah-buahan sahaja. Ni berlangsung sampai 6 bulan (24 weeks). Start 6 bulan baru lah fara ada penambahan berat badan sebab baru start boleh makan. 

• Muntah berkurangan sejak 16 minggu. Muntah masih ada tapi tak kerap macam trimester pertama.

• Masih pening kepala yang berdenyut-denyut disebabkan hb low.

• Mabuk kenderaan tak seteruk trimester kedua. Hilang waktu 5 bulan.

• Masih tak suka bau toilet walaupun husband dah cuci banyak kali.

• Masih tidak boleh masak langsung. Tak suka bau orang masak. terutamanya orang tumis bawang. 

• Tidak suka segala sabun wangi. 6 bulan hilang dah alahan ini. 


Pemakanan Saya di Trimester Kedua

Buah buahan. Macam2 buah saya bedal. Sebab buah je yang buat tekak selera especially buah yang berair dan lembut2. Lagi satu buah buahan ni kaya dengan vitamin serta sumber tambahan folic acid. Penting untuk perkembangan bayi dalam perut. Selalunya yang selalu beli buah mangga, tembikai, honeydew, rock melon, epal dan avocado. Buah-buah ni kalau rasa malas nak makan kunyah-kunyah. Buat lah jus. Bila buat jus tak terasa dah telan banyak. My babies paling suka kalau mama dia makan buah, bila makan diorang mesti menendang dan gerak2. Jus yang akan trigger dia jus epal dan honeydew.

Produk Tenusu & Yogurt. Untuk susu, saya ada lactose intolerant. Jadinya, memang tak boleh nak minum susu sebarangan. Nanti usus cramp and cirit birit. Susu kambing, susu soya atau susu almond. Lepastu doktor tambah pil kalsium tu untuk tambah kalsium. Yelah baby dua takut tak cukup. Kalau korang ada lactose intolerant, inform lah doktor, jadi dapat pil kalsium tu. 

Yogurt - Fara selalu beli yogurt yang banyak perisa tu. Paling favourite brand Marigold & Nestle. Setiap hari makan. Yogurt ni bagus untuk kesihatan perut dan miss v. Dapat elakkan keputihan berlebihan sewaktu mengandung.

Susu Kambing - Fara minum susu Hi Goat dan Susu Rizqi Mamadil. Gilir-gilir ikut mood. Tadelah bosan sangat. Susu Rizqi tu lagilah ada 4 perisa. Boleh beli setiap bulan lain2 perisa. Tak ambil susu untuk ibu mengandung sebab saya ada lactose intolerant. Susu kambing dia low lactose.

Pengalaman Hamil Kembar - Trimester Kedua

Susu Soya - Pilihan fara soya yang pure organik fresh dari kilang. Yang ini papa fara belikan direct dari kilang soya tak pasti kat mana. Dia belikan sekali tauhu yang makan dengan gula melaka tu. Memang sedap dan murah. Nak beli dari kilang dia, kena bawa bekas sendiri. Ikut berapa besar yang korang nak. Nanti dia kira. Memang fresh. Panas-panas lagi. Kalau yang instant. Saya suka soya Vsoy Multigrain. Sedap sangat. Soya Vsoy ni rasa dia pun fresh sebab tu harga dia lebih mahal sedikit berbanding brand lain. Advantage dia lagi, kandungan gula dia tak tinggi. Ada lagi satu jenis powder saya consume, brand 22 Vitashine. Ini susu pertama yang saya minum waktu pregnant. Masa tu buntu, baru pregnant 2 minggu tapi tak boleh nak minum susu lembu. Pergi lah big Pharmacy consult dengan pharmacist dia. Dia suggest minum susu soya tu. Okay so far, rasa dia lebih kurang macam esp shaklee tu. Win kat susu ni dia sugar free. Memang tak manis. Sesuai lah utk ibu mengandung, tak boleh minum manis-manis, nanti sangkut GDM pula. 

Jus Mamariam Naikkan HB Faradidi

Jus Mamariam- ni start ambil sejak 26 minggu. Orang suruh cuba kita cuba ajalah. Kalau nak kata membantu HB naik tak naik pun sgt hbnya. Naik sikit aja. Lagi satu dr kata sbb hamil kembar jadi HB paras2 hidung ja. Makan macam2 dah. 

Pati Delima Gulsan- Yang ini ramai yang recommend untuk naikkan hb. Minum satu sudu pagi dan petang. Fara campur dengan air jadi tadelah terasa masam dia yang kuat tu.

Madu, Kurma & Kismis -Madu fara ambil setiap pagi dan sebelum tidur satu sudu besar. Kurma & kismis ni jadikan snack, bila terasa lapar sikit atau tengah menonton tv ke boleh makan. Makanan sunnah ni bagus untuk baby insyaAllah ada manfaat.

Pengalaman Hamil Kembar - Trimester Kedua

 Supplements - Kalau dari segi supplement, Fara ambil semua ubat dari doktor. Maltofer, Iberet, Calcium & Mum & Mum To Be (Fish Oil). Supplement lain yang orang duk promote safe for pregnancy tu tak berani nak ambil. Sbb every supplement yang kita ambil kena discuss dengan doktor ya, jangan pandai-pandai beli sendiri dan consume. Kadang boleh consume tapi mungkin dalam dos yang kecil. 

Pengalaman Hamil Kembar - Trimester Kedua

Contoh vitamin C, tak boleh ambil yang 1000mg. Waktu lepas vaksin tu fara nak demam dgn selsema, ambil Vitamin C Brand Kordel 1000mg larut dalam air. Dr suruh belah 4. Bermakna 1000mg ÷ 4 = 25mg sehari. Seeloknya makan lah buah buahan asli. Makan supplement vitamin C buat tambah-tambah. Fara makan oren cuma ada sekali tu terlebih makan oren, dia jadi cirit birit pulak, lepastu macam takut nak makan. Lagi satu kalau tak suka oren, boleh makan jambu batu. Buah jambu batu pun kaya dengan vitamin C.

Akhir sekali, selain daripada jaga kesihatan ibu dan bayi. Kena jaga juga emosi. Kena selalu gembira dan berfikiran positif. Supaya baby dalam perut happy je. Pandai-pandai lah happy kan diri, tengok movie ke, shopping barang baby, baca buku-buku tentang kehamilan dan parenting. Jangan lupa selalu doa juga dengan Allah agar dilindungi daripada bahaya, hasad dengki manusia dan jin serta wabak penyakit. InsyaAllah, dipermudahkan segala urusan ibu-ibu hamil yang membaca blog saya. Sekian, saya sambung cerita pengalaman trimester ketiga di masa akan datang nanti bila ada kelapangan.

👉Pengalaman Hamil Kembar - Trimester Pertama

👉 Pengalaman Hamil Kembar - Trimester Ketiga


Post a Comment

2 Comments

  1. Wah, seronok baca pengalaman orang mengandung kembar. teringin, tapi tak apa la. Haha

    ReplyDelete
  2. Terasa-rasa perut Sis ko membaca.. bertuah Farah dapat kembar, cuma letih yaa bawa perut..

    ReplyDelete