Perlu Ke Pakai Maternity Belt Waktu Hamil?

Pernah dengar tentang 'Maternity Support Belt'? Mungkin ada yang tak pernah dengar, sebabnya tak ramai yang tahu kegunaan belt ini sewaktu hamil. Sesetengah orang panggil benda ni bengkung ibu hamil. Kegunaannya ialah untuk buat ibu hamil rasa lebih selesa dan comfortable untuk menjalani kehidupan seharian. Biasanya, ibu-ibu akan mula pakai pada waktu trimester kedua dan ketiga sebabnya waktu tu perut dah semakin membesar dan memberat.

Untuk pengetahuan korang, fara mula pakai di penghujung trimester kedua. Sebab waktu tu baru terasa yang pinggang dan kaki tak tahan. Kalau nak berjalan shopping cari barang baby mesti tak boleh nak pergi survey banyak kedai sebab kaki, pinggang semua rasa macam nak tercabut. Yang suggest fara pakai maternity belt ini nurse kat tempat fara check up. Sebab dia tengok fara macam tak larat dah nak jalan. Lagi satu sebab twin. Memang terasa bawa benda berat dan beban tu kaki kita yang tanggung.

Sejak itu, mulalah survey maternity belt kat Shopee dan beli semua. Alhamdulillah sekarang boleh jalan lama sikit lah walaupun perut semakin membesar. 8 bulan sekarang masih semangat nak jalan. Kalau tak dulu rasa nak give up berjalan. 😂 Bukan waktu berjalan je boleh pakai tau. Waktu korang nak buat kerja-kerja kat rumah pun boleh pakai. Bolehlah kurangkan sakit pinggang korang tu. 

Kelebihan Maternity Support Belt

- Menyokong perut supaya perut terasa lebih ringan
- Boleh kurangkan sakit belakang
- Boleh kurangkan sakit sendi dan punggung
-Boleh memperbaiki postur tubuh ibu mengandung
-Boleh kurangkan sakit kaki ketika berjalan

Pada pandangan fara, sememangnya perlu terutamanya kalau mengandungkan twin. Sangat membantu kalau pakai belt ini. Sebabnya, badan kita kena tampung berat dua bayi dalam kandungan kita. Tapi tak jugak, kalau hamil satu bayi pun, kalau bayi dalam perut semangat, ibu tu pun pasti alami nasib yang sama seperti sakit pinggang menyucuk serta tak larat nak jalan, lagi-lagi kalau dah trimester ketiga. 

Mahal Ke Maternity Support Belt?

Dari segi harga produk, belilah yang ikut kemampuan serta keperluan. Fara beli yang harga RM20 ja sebabnya fikir nak pakai sekejap ja. Lepas bersalin bukan pakai sangat pun, jadi nak beli yang mahal rasanya tak perlu kot. Kalau mampu boleh lah beli yang ada brand sikit. Kemungkinan kualiti dia lebih baik.


Fara pakai yang jenis 3 in 1 Maternity Supporting Belt seperti gambar di atas. Memang berbaloi lah beli dengan seller ni, dia siap bagi kertas panduan cara nak pakai semua. Tak adalah terpinga-pinga macam mana cara nak pakai kan.  Belt ini boleh dipakai sejak 3 bulan hamil. 

Material dia so far ok, comfy dan lembut. Korang boleh tengok kat bawah ini. Ada lubang air flow lagi, tak panas lah bila pakai, selesa. Belt pun ringan, tak berat dan tak tebal sangat. 



Saiz yang available dari M - XXL. Sebelum beli tengok size chart jangan lupa. Jangan main agak sahaja ya nanti tak muat payah pula. 

Kalau berminat nak beli yang macam fara pakai ni, boleh klik link dibawah.

Post a Comment

4 Comments

  1. Sis pakai ni masa ngandung no3.. tapi design lain sikit, depan perut ada kain getah nipis.. skrg design depan tu kosong.. sedap sikit pakai kalau berjalan.. Sis pakai pun masa tu bekerja di Kilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. sedap pakai. lagi2 bila perut dh besar. nak jalan sedap. 🤭

      Delete
  2. Waahh, Aien tak pernah tahu kewujudan ni. 😂 Dah tak lama lagi dah tu. Twin ek.. bestnyaa.

    ReplyDelete
  3. saya pun pernah pakai. memang bagus pakai maternity belt ni. kadang kita penat kan.
    https://jnjikita.blogspot.com/2018/12/ergonomic-maternity-support-belt.html

    ReplyDelete