Resepi Pasta Udang Buttermilk Mudah dan Enak

Resepi Pasta Buttermilk Udang
Photo: Canva.

Hai semua, kali ni fara nak share satu resepi pasta buttermilk ringkas untuk korang semua. Ini resepi campak-campak saya.  Asyik makan Carbonara, Aglio Olio dan Bolognese aja. Sekali sekala kita cuba lah resepi lain kan. 

Sebenarnya, haritu teringin sangat nak makan spaghetti buttermilk. Mula-mula ingat nak beli kat Grab aja. Tapi search tak jumpa pula kedai yang jual spaghetti buttermilk. Jadi cerita dia kena lah masak sendiri. Cara masak dia mudah, macam korang nak buat kuah buttermilk chicken tu juga, bezanya masukkan aja pastanya. Kebetulan haritu tengok semua bahan-bahan lengkap. 

Nak buat kuah buttermilk ayam, isi ayam kat rumah tak ada waktu tu, yang ada cuma udang. Udang pun udanglah janji sedap dimakan kan. Resepi di bawah ini untuk hidangan 3-4 orang tau. Kalau korang nak buat banyak atau sedikit pandai-pandai lah adjust ok. 


Resepi Pasta Udang Buttermilk

Bahan-Bahan

1/2 paket pasta.
*Ikut suka hati korang lah nak pilih pasta jenis apa, spring ke, macaroni ke, spaghetti ke.
udang basah dalam 10-15 ekor
1 biji bawang holland/bawang merah
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi dipotong kecil
*kalau nak pedas lagi, boleh tambah lagi cili padi tu.
2 sudu besar butter
1 tin susu cair
2 keping keju (chesdale)
1 sudu teh serbuk kunyit
Serbuk lada hitam secukup rasa
Serbuk oregano & parsley secukup rasa
Garam secukup rasa
1 kuib ayam

Cara Memasak

1. Rebuskan pasta dalam 10-15 minit. Apabila siap direbus boleh angkat dan toskan air dia.

2. Masukkan butter sehingga cair, tumiskan sekali dengan hirisan bawang holland/bawang merah, bawang putih serta daun kari. Tumis lah sampai bau naik.

3. Masukkan udang. Tumis sampai udang tu masak. Tapi jangan terlampau lama lah pulak nanti udang kecut sangat.

4. Agak-agak udang dah masak, boleh masukkan 1 tin susu cair dan keju. Fungsi keju ni kasi kuah dia pekat dan creamy. Kalau tak suka keju, boleh guna alternatif lain seperti tepung jagung. Kalau tak letak pun tak jadi masalah, cuma kuah tu cair lah. Api jangan terlalu besar, sedang-sedang sahaja. Kacau sehingga mendidih.

5. Selepas itu, boleh masukkan kiub ayam, garam, serbuk lada hitam, sebuk kunyit, serbuk parsley dan serbuk oregano. Kacau-kacau sikit sehingga semuanya sebati seperti gambar di bawah.

Resepi Pasta Buttermilk Udang
Ha, nampak creamy tak kuah dia?

5. Akhir sekali, tutup api dan kacaukan dengan pasta yang sudah ditoskan tadi. Dah siap!

Resepi Pasta Buttermilk Udang
Yang ini gambar pasta buttermilk saya. Sempat ambil gambar dalam kuali aja. Waktu ni siap masak je masing-masing dah lapar terus mencekik. hehe

Selamat mencuba! Kalau ada apa-apa feedback, sila comment di bawah!

Post a Comment

5 Comments