Kad Kahwin Digital Masa Kini Jimat & Mudah!

Kad Kahwin Digital 1

Sekarang musim perkahwinan menjadi-jadi. Ada je jemputan kahwin setiap minggu. Mana taknya, sejak dunia dilanda pandemik covid 19, banyak majlis perkahwinan tertangguh. Ada yang dah menempah wedding planner, dewan, catering dan sebagainya. Kalau tak tangguh atau buat majlis rugi pula kan. Deposit semua akan hangus begitu sahaja. Cari duit bukan mudah lagi-lagi zaman sekarang.

Ada perkara menarik yang Fara nak kongsi dengan korang iaitu berkenaan dengan Kad Kahwin Digital. Zaman pandemik ni kita nak menziarah atau hantar kad rumah ke rumah macam orang dulu-dulu payah nak buat. Ada sesetengah sedara mara pun tak nak terima tetamu atas sebab tertentu.

Makanya, korang dah boleh jimat dengan print kad kahwin sampai beratus-ratus keping tu. Jimat pun jimat. Kos pencetakan kad pun bukannya sikit. Rm100-Rm200 tak lari. Lagipun, masyarakat kita dah boleh terima kad digital yang diberi dalam Whatsapp sekarang. Terpulang lah pada kita nak adakan kad tu macam mana kan. Boleh nak cetak kad tapi jangan banyak-banyak. Selebihnya jemput online sahaja. Kad kahwin digital jimat dan mudah.


Nak Jimat? Design Kad Kahwin Sendiri

Kalau korang ada kemahiran boleh design sendiri. Design sendiri sahaja tak perlu upah designer. Fara dulu design sendiri guna Illustrator. Elemen-elemen dia seperti bunga-bunga, simbol tu Fara download dari freepik. Senang jimat masa. Kita tinggal susun ikut citarasa.Cuma part nak buat peta tu jelah, agak leceh sedikit. Kalau tak pun, korang download template sedia ada di freepik.com atau canva.com. Ubah sikit ja. 

Kad Kahwin Digital 2
Contoh Design Kad Kahwin di Freepik.com


Kad Kahwin Digital 3
Contoh Design Kad Kahwin di Canva


Sekarang pun, ramai ja Fara tengok orang guna canva buat kad kahwin. Guna template sedia ada dan ubah sikit-sikit. Tapi kalau nak kelainan korang gunakan lah creativiti untuk cipta kad kahwin tu. Untuk freepik.com punya template, korang kena ada photoshop atau illustrator untuk editing. Banyak je template percuma. Tetapi susah untuk siapa yang tiada software. Canva tu online aja. Tak berapa complicated. Cuma canva tu ikut kreatif korang lah nak edit ikut citarasa.

Dah siap kad anda, boleh dah save as pdf ataupun image jpg/png. Selepas itu dah boleh edarkan.

Kalau nak tengok contoh dibawah Fara punya kad kahwin waktu PKPP tahun 2020. Fara buat tiga muka surat. Muka surat terakhir itu RSVP dia link kan pada Fara punya digital card online. 

Kad Kahwin Digital 4


Kad Kahwin Digital Online


Kalau tak nak pening-pening design, cara mudah korang boleh beli di website kad kahwin digital online seperti aliveinvite.com, e-card.my, webmagiccard.com.my, ikrizainvite.my dan banyak lagi. Boleh search di Google. Korang tengok satu-satu website, harga pun lain-lain. Feature setiap kad dari setiap website pun ada kekurangan dan kelebihan. Tapi kebanyakkannya lebih kurang sahaja. Di shoppee pun ada tawarkan khidmat sebegini. Ada dalam bentuk video pun ada. Pun cantik jugak.

Anggaran kos kad digital online biasanya dalam RM10 - RM100. Bergantung pada design dan apa yang korang perlu. Pandai-pandai lah pilih ikut bajet dan citarasa korang. Ini memang instant dan mudah.

Kalau Fara dulu pilih aliveinvite.com sebanya dia murah waktu promosi pkp harganya RM10 (tahun 2020). Kalau harga biasa dalam RM50. Dia bagi dua kad digital online untuk kegunaan dua majlis sebelah lelaki dan perempuan. Berbaloi lah sebab fara beli waktu promosi. 

Kad digital ini ada pelbagai fungsi tau.

Antaranya ialah:-

1. Design kad digital yang cantik-cantik. Ada banyak pilihan. Pilih ja mana yang korang berkenan di hati.

2. Boleh tekan waze dan google map terus dari kad digital tersebut.

3. Guestbook. Rakan-rakan, saudara mara boleh tulis ucapan. Nak buat guestbook fizikal waktu pandemik ni agak tak sesuai ya. Kita nak kurangkan sentuhan.

4. RSVP list. Korang boleh go through list database siapa datang ke tak. Di RSVP section tu pun ada masa, jadi boleh tetapkan tetamu anda berapa orang untuk setiap sesi. Tidak lah terlampau ramai datang majlis korang dalam satu masa tu ya.

Selain itu, dia ada function untuk check in pada hari kejadian supaya dapat trace siapa yang datang majlis. Kalau berlaku apa-apa senang nak inform kan. Tapi yang ni fara tak guna sebabnya kita dah guna my sejahtera untuk kkm tracking kan. Banyak2 nanti susahkan orang aja.

5. Kalendar. Fungsi kalendar ni adalah untuk tetamu 'save the date' dalam kalendar phone masing-masing supaya tak lupa.

6. Money Gift. Yang ini untuk duit salam kaut. Tapi feature ni fara tak on. Sebabnya segan lah. Tak perlu kot. Kalau korang nak on kan pun boleh, bagi yang tak dapat pergi boleh beri di situ.

Boleh dapatkan kad digital di shopee. Hanya RM15 sahaja. Klik di sini.

Ini contoh kad dia waktu Fara kahwin dulu. Nak tengok live boleh klik link ini https://aliveinvite.com/farafiq

Kad Kahwin Digital 5

Ada sesetengah wedding planner kan dia memang dah sediakan kad digital ini termasuk dalam pakej perkahwinan majlis korang. Kalau tak ada, terpulang lah nak add on ke tak. Kalau korang dah beli yang online punya ni tak payah pakai yang pdf itu pun takpe. Senang tak payah susah-susah design, tinggal masukkan maklumat sahaja dan dah boleh sebarkan. 

Fara buat kedua-duanya disebabkan yang pdf tu fara nak print dalam 35 keping. Sebab parents kata orang tua2 mak cik pak cik diorang nak kena pos kad tu. Fara ikutkan ajelah. Tak banyak kos pun, fara print sendiri di rumah je. Kebetulan di rumah ada simpanan kertas kad yang yang belum pernah dipakai. Tu yang print sendiri sahaja. Finishing dia pun lawa pakai printer canon. Yang online punya tu, kos RM10 ja waktu tu. Apa lagi Fara grab lah sebab ada RSVP tu. Kalau tak plannya macam nak buat google form je untuk RSVP. 

Entri kali ni berdasarkan pengalaman saya tau. Pengalaman orang lain tentang kad kahwin digital berlainan, korang ada gunakan kad digital di platform lain. Mungkin boleh kongsikan juga di ruangan comment di bawah.

Post a Comment

4 Comments

  1. memang best juga cara elektrronik ini...lagi jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. lagi skrg jemputan pun kita jemput tak ramai sgt kan.

      Delete
    2. sekarang masih ada covid...SOP perlu jaga

      Delete
    3. Betul tu, sekarang dah mudah untuk jemput tetamu, tidak susah - susah lagi kena pergi rumah ke rumah, dengan musim pandemik ini,

      sekarang trend baru kad jemputan kahwin video, send whatsapp je senang

      boleh tengok contoh ini

      www.kadkahwinvideo.com

      Delete