Selalu Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Photo: Abbasy Islamic Design
Rezeki setiap orang berbeza. Ada orang dalam usia yang muda dah capai macam-macam, ada bisnes, ada rumah, ada suami, ada anak dan pekerjaan yang bagus. Manusia ni memang sifatnya selalu rasa tidak pernah cukup dengan apa yang dia ada. Padahal, apa yang kita ada, ada orang yang sedang menginginkannya juga. 

Apa yang diperlihatkan, tak semestinya menggambarkan keadaan sebenar kehidupan seseorang. Oleh sebab itu, bila ada rakan suka membandingkan kehidupan mereka dengan saya, saya cuba cari kelebihan pada kehidupan dia yang saya nampak dan saya tiada benda tu. Kelebihan yang Allah beri pada kita itu rezeki, orang lain tak ada, Jadi, janganlah ambil mudah dan terlupa untuk bersyukur. 

Manusia mudah lupa untuk bersyukur dengan Allah. Saya tiadalah tujukan pada sesiapa, saya diri sendiri kadang-kadang pun rasa down, lagi kadang kita lihat dengan usia muda, kawan-kawan sekeliling kita dapat capai macam-macam, manakala kita masih berjuang untuk dapatkan semua yang kita nak dalam hidup.

Untuk mendapat ketenangan hati, kena selalu bersyukur. Selalu pujuk dan muhasabah diri, berapa banyak nikmat hidup yang Allah beri walaupun banyak dugaan yang kita perlu lalui sekarang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, maka jangan lupa berdoa apa yang kita nak capai dalam kehidupan. Kemudian, selalu bantu orang yang lebih susah dari kita kerana perkara ini mengajar kita jadi lebih bersyukur, ada orang yang kehidupan dia sangat susah.

Sekian, coretan hari ini. 😊




Post a Comment

9 Comments

  1. betul.. jangan banding2. kadang nmpak orng lebih tapi ujian dia kot lain pulak Allah kasi. kita kurang kat 1 bahagian Allah kasi lebih kot lain. equal sebenarnya..

    ReplyDelete
  2. akak setuju, setiap kita tak sama rezekinya... jangan pernah bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain kita takkan tahu apa ujian dia dan ujian kita

    ReplyDelete
  3. setiap manusia mempunyai keperluan berbeza-beza.......terbaik lah

    ReplyDelete
  4. I pun pernah rasa down macam ni and in fact I've been through it almost 2years sebab masa tu belum ada kerja tetap and tak clear dengan aim. Bila I mula bersyukur, Alhamdulillah hidup I makin stabil. Another tips is, kita kena banyak mudahkan urusan orang lain especially family kita. InshaAllah slowly hidup kita akan jadi lebih baik dan Allah tunjukkan jalan 😃

    ReplyDelete
  5. terima kasih perkongsian yang bermanfaat.
    salam 30 ramadhan faradidi~

    ReplyDelete
  6. setuju. setiap insan mmg ada rezeki memasing dan saya percaya juga, setiap rezeki kita itu ada terselit rezeki org lain juga, amalkan bersedekah. insyaallah 😊

    ReplyDelete
  7. Kalau kita selalu bandingkan diri kita dengan orang lain, nescaya sampai bila-bila pun tanda syukur tu tak ada...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah
    setuju sangat
    kadang-kadang kita terlupa satu yang kita tak dapat tetapi Allah dah bagi 9 benda yang kita dapat tanpa kita sedar

    ReplyDelete
  9. rezeki setiap orang berbeza-beza..ada cepat, ada lambat...Allah da tetapkan semuanya, tinggal kita aje nak usaha...akak selalu pesan kat diri sendiri macam tu bila rasa down tengok kawan2 seusia akak, ramai dah berjaya...

    ReplyDelete