Wahhhh Spongebob Terbesar di Malaysia Ada Di Paradigm Mall Johor Bahru!


Paradigm Mall Johor Bahru Mencipta Nama dalam Malaysia Book of Records bagi Karakter Kartun Spongebob Terbesar!

Hi, entri kali ini khas buat peminat kartun spongebob squarepants!
Bermula dari 10 Mei 2019 ini, anda semua  berpeluang menyaksikan dan bergambar dengan Spongebob terbesar di Malaysia tauu!! Siap masuk dalam Malaysia Book of Records lagi Giant Spongebob ni! Difahamkan, ketinggian Spongebob ni ialah kira-kira 11.15 meter dan lebarnya seluas 7.57 meter. Haihhh yang paling comel dan suka tengok jari si spongebob ni.

Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Record, Christopher Wong berkata dengan bertemakan ‘Seronoknya Raya’, penampilan istimewa SpongeBob SquarePants dan Patrick Star ini pastinya memeriahkan lagi suasana di Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB). Peminat juga boleh berhibur bersama kartun kegemaran di samping dapat bergambar untuk disimpan sebagai kenangan."


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Selena Chua berkata hari ini ialah hari bersejarah sepanjang Paradigm JB beroperasi di Malaysia kerana dapat meraikan acara penting ini bersama pengunjung setia yang telah banyak mendorong kami untuk terus mencipta kejayaan. Sempena ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke-20,  Paradigm JB telah dihias menjadi dunia magis yang membolehkan pengunjung merasai musim perayaan yang penuh keceriaan bersama penduduk mini dari dunia bawah laut ini.




Selain itu, peminat juga dapat menyaksikan 20 patung mega SpongeBob bersaiz manusia, membeli cenderahati dan barangan unik termasuk koleksi patung budaya pop edisi terhad, barangan unik dan baharu, mainan mewah dan banyak lagi di sini.

Di samping itu, bagi merancakkan lagi Ramadan dan Aidilfitri, Paradigm JB padat dengan pelbagai
aktiviti dan persembahan menarik selama sebulan bermula 10 Mei – 9 Jun 2019. Pengunjung juga
berpeluang menonton persembahan dan aktiviti di samping menikmati pelbagai tawaran hebat
Hari Raya di Paradigm JB sepanjang bulan perayaan ini.

Jangan tunggu lagi, ayuh kunjungi Paradigm Mall Johor Bahru untuk meraikan musim perayaan
yang penuh keceriaan bersama keluarga, sahabat dan orang tersayang! 


Untuk maklumat lanjut:

Laman Web: 

Facebook: 

Instagram: 

Post a Comment

9 Comments

  1. comellll sangat spongebob hari tu! geram tengok pandai betul posing!

    ReplyDelete
  2. Hi spongebob besar. Comel! Haha

    ReplyDelete
  3. Bestnya!! Kalau anak nampak ni mau dia ajak pergi tengok spongebob, nasib la dia taktau..kalau x jauh mak nak drive :D

    ReplyDelete
  4. bestnya kalau dpt ajak budak budak ni, tp jauhnya alahai jb :p

    ReplyDelete
  5. fuiyyooo besaq gedabak spongebob! malam malam jumpa boleh terkejut ni. hahahaha.

    ReplyDelete
  6. Waaa sudah rumah barulah blog dia hehehehe...
    Geramm ni, spongebob dah ada baju raya, kita takde lagi ni hahahaha

    ReplyDelete
  7. bila lah dpt jengah paradigm mall johor tuh, klu blik pontian pun jarang sangat jengah ke bandar jb nun

    ReplyDelete
  8. Rindu cartoon spongebob kt tv.. :p nsb jauh kalu dkt dh g bw ank..

    ReplyDelete