Resepi Istimewa Biskut Florentine

Hai, pejam celik pejam celik dah dekat nak raya dah kan. Masing-masing mesti tengah sibuk nak buat kuih raya kan. Dah banyak ke buat tu? atau korang tak sempat buat, tapi dah beli siap-siap.. Harini nak bagi resepi istimewa biskut florentine.. Manalah tau ada yang teringin nak buat tapi tak tau resepi kan... Tahun ni kita buat biskut ni sebab kesukaan mama kita.. Feveret diaa... So, kenalah buat.. Feveret kita cornflakes, bukan waktu raya pun aku buat.. hahaha


Dulu masa tak tau buat biskut florentine ni.. memang tertanya tanya lah apalah yang buat segala kekacang tu melekat..gula ke? caramel ke? Rupanya boleh beli ja tepung dia untuk nak buat biskut tu mudah sahaja. Tepung tu pun boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual bahan membuat kek. Fara beli tepung ni di kedai Mr. Ingredient Larkin Perdana ni sebab bawah rumah ja kan. Tepung dia harga 500g harga dia RM19.00.

Bahan-Bahan
150g tepung florentine
75g almond flakes
75g pumpkin seed
75g black sesame

Bahan-Bahan Biskut Florentine!
Cara-Cara
1. Campurkan kesemua bahan-bahan diatas tepung, almond flakes, kuaci labu, bijan hitam tu semua dalam mangkuk/dulang?bekas, gaulkan sehingga rata.

2. Untuk nak jadikan kita punya biskut tu berbentuk bulat, kita perlukan bekas yang permukaan dia bulat, tak kisahlah cawan ke, aluminium cup tu ka, bekas cupcakes/muffin tu ka. Ha apa yang ada kat rumah korang, korang susun jelah elok-elok dalam tray yang nak masukkan dalam oven tu.


3. Campuran bahan-bahan tadi korang masukkan dalam bekas satu per satu. Pastikan tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal campuran yang diisi dalam bekas tu.

4. Kemudian, bakarkan dalam oven 160° selama lebih kurang 10 hingga 15 minit. Tapi tengok jugak tahap kepanasan oven masing-masing macam mana kan. Tapi boleh ja adjust, kalau takut hangus bakar dulu dalam 10 minit. Kalau selagi tak nampak warna kecoklatan, bakar lagi untuk beberapa minit. Kalau oven kita, kita bakar dia dalam 12 minit.

5. Keluarkan dari oven dan sejukkan biskut anda. Bila dah sejuk baru keluarkan dia dari bekas dan masukkanlah dalam balang tempat kuih raya anda tuh. hehe


Yang kita buat 150g ni dapatlah dalam 2 balang kecik kuih tu.

Tapi kalau korang nak buat dalam bekas or dulang je boleh juga, kemudian nak potong kan. Cuma entahlah kita pernah cuba tapi mungkin kena lebihkan tepung sedikit kot sebab terlalu nipis ke apa dia hangus. So, memang tak ada lah nak cuba buat dalam tray ke apa.. Just guna bekas cawan aluminium foil yang orang buat egg tart tu.. lagipun gun benda alah tu tak melekat senang nak cabut..

Sekian perkongsian resepi biskut raya saya hari ini. 
Selamat mencuba!

Post a Comment

11 Comments

  1. Jenuhkan nak buatnya kan hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Ohh ada tepung florentine khas rupanya. Ini antara kuih raya yg femes skrg. Hehe

    ReplyDelete
  3. Teringin pulak nak buat sendiri...nak belu mahai...

    ReplyDelete
  4. Oh, Mr Ingredient tu bawah rumah dia rupanya, hehehe

    ReplyDelete
  5. Rasa macam nak buat je tahun ni..nanti nak beli la bahan2 tu bawak balik sarawak..kalo beli sana kompem rega naik mencanak2

    ReplyDelete
  6. sedap makan ni kunyah2 sambil tgk tv

    ReplyDelete
  7. walaupun dh lama akak simpan resepi buat biskut florentine nih tp tak pernah sekali pun try buat hehehe...

    ReplyDelete
  8. senang je kan nak buat, tapi sebab M banyak dalam badan ni, terus jadi susah....hahaha

    ReplyDelete
  9. senang buat sendiri ni.. dapat banyak. yang dijual mahal2 belaka. tapi iyaalah bahan2 digunakan pun yang mahal2 kan hehehe..

    ReplyDelete
  10. HMMMMMM RASAAAA MACAM NAKKKK BUATTTT EEEEEE...HHAHAHAHAHAHA....

    ReplyDelete
  11. suka makan tapi belum pernah buat, boleh cuba ni. thanks!

    ReplyDelete