Makan Tengah Hari di Swiss Inn!

Assalamualaikum semua!

Minggu lalu, sebelum pergi ke event food review di Renaissance Hotel Johor Bahru, kita dan Sis Lin menyinggah lah ke Swiss Inn untuk makan tengah hari bersama Mak Lin. Saja je kitaorang datang nak teman Mak Lin lunch dan menceriakan Mak Lin yang tengah busy tu.. hehe..

Lagi satu kebetulan pula memang ada terdengar yang set makan tengah hari di Swiss Inn ni ada menu istimewa ikut hari. Apa lagi kami pun terjah lah nak rasa. Yang ni sendirian berhad ok! Just hangout biasa luangkan masa dengan kawan-kawan blogger!


Yang menariknya, menu makan tengah hari Hotel Swiss Inn ni lain daripada lain sikit. Setiap bulan diorang ada promosi makanan yang pelbagai set untuk hidangan tengah hari setiap hari.

Untuk Februari lalu, diorang mempromosikan 'Jom Rasa Menu' yang mempunyai set ikut hari dan harga setiap set makanan tu sangat berpatutan, RM18.00 sahaja! Set ni hanya makanan sahaja, air tidak termasuk tauu!

'Jom Rasa Menu' setiap bulan diorang akan tukar set menu ni tau! Hanya RM18 sahaja!
Yang atas ni contoh yang bulan Februari haritu. March punya sila nantikan!
Haritu hari Jumaat, jadi kita ambil set Set B hari Jumaat tu yang ada Fried Butter Prawn with Rice, Seafood Pasta Aglio-Olio dan Young Mango Salad.

Tadaaaa! Ini dia set B untuk hari Jumaat tuh!
Nampak sedap kan terutamanya Fried Butter Prawn tu!


Nak tengok lebih dekat, nah sila lihat gambar di bawah! 😂

Kita suka dia punya butter prawn! Kita bagi rating 5/5! Sedapp sangat! Udang dia besar!

Seafood Aglio Olio pun sedap! Cukup rasa!

Post a Comment

7 Comments

  1. Ooo..bukan dari November tahun lepas ke dia buat ni? Sebab menu yg sama dan harga yg sama..or maybe dia rotate tiap bulan ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom rasa ni menu dia akan tukar tiap bulan..

      Delete
  2. seafood aglio olio tu nampak sedap...ada rezeki nak pi tejah

    ReplyDelete
  3. kommfommmm makann kenyanggg kan lepastuuuu...eeee,,ain paling suke makanan yang berset2 gini....dapat rasa pelbagai jenis kan .

    ReplyDelete
  4. happynya tengok Butter Prawn dia!

    ReplyDelete
  5. Jomm nanti pergi lunch lagi di sana heheheh...

    ReplyDelete
  6. butter prawn dia nampak best sangat..

    ReplyDelete