Cara Pilih Buah Avocado Yang Dah Masak

Buah Avocado mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan diri kita. Antara khasiat Avocado ialah mencantikkan kulit, mengawal tekanan darah, kaya dengan vitamin dan mengekalkan kesihatan jantung. 

Rasa dia sangat sedap dan berlemak macam krim. Tapi, lemak yang ada pada buah avocado ini adalah lemak baik dan buah ini sesuai diambil kalau sesiapa yang sedang diet kerana dia boleh turunkan kolestrol jugak. Avocado ini boleh ja kalau nak makan macam tu ja, tapi kalau nak pelbagaikan resepi dia pun boleh. Ada yang jadikan salad, makan dengan roti, buat smoothies dan sebagainya.

Ramai kawan-kawan kita kata buah ni mahal lah sebiji. Harga dia cecah RM7 hingga RM10. Betul. Tapi, kalau nak dapatkan buah Avocado yang harganya hanya RM2.90. Boleh beli di Pasaraya Giant. So far, kat Giant je yang selalu jual Avocado dia murah. Mana-mana Giant ada insyaAllah. Sebab sebelum ini, kita beli kat Giant Seksyen 7 Shah Alam tu ada, Giant yang kat Johor ni pun ada.

Tips nak pilih buah avocado dengan betul!
Pix: https://fhproduce.com
Penting kena tahu tips ni! Sebab sebelum ni pernah lah, kawan tu kata "kau ni suka betul dengan Avocado, rasa dia kelat lah" Sebenarnya, dia beli Avocado yang muda lagi tu. Yang kulitnya masih hijau, isinya masih keras dan rasa kelat. Itu ialah Avocado yang belum masak lagi.

Tapi, boleh ja kalau nak beli yang belum masak tu, cuma kena peram dalam dua tiga hari dulu sampai kulit dia yang hijau tu bertukar kepada warna kecoklatan. Tanda Avocado tu dah masak apabila kulit dia dah warna coklat. Bagi Avocado yang dah terlampau masak, pun warna coklat jugak cuma dia dah terlampau lembik. 

Cara nak tengok buah tu dah boleh di makan ke belum, kopek hujung tangkai buah yang kita dah peram dua tiga hari tu, kalau dia punya warna kuning/hijau, buah tu boleh dimakan dah. Kalau dia warna coklat, terlampau masak dah. cepat-cepatlah makan sebelum busuk. Boleh refer gambar di bawah.

Pix: Pinterest
Kalau fara, Avocado tu suka buat smoothies ja. Sedap minum especially tengah-tengah cuaca panas kan. Nanti entri lain fara share resepi avocado smoothies yang simple! Sekian tips untuk memilih Avocado yang sudah masak dan boleh dimakan daripada saya!

Baca juga
Resepi Ringkas Avocado Smoothies Sedap!!

Post a Comment

15 Comments

  1. sejujurnya sya tak pernah lagi rasa avocado ni !wah banyak khasiat rupanya, kalau tengok youtube americans youtubers memang semua makanlaaa buah ni huuuu...tapi nampakla mahal avocado ni haha..

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/01/jom-beli-novel-ain-maisarah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul. kita pun seminggu sekali je akan beli buah ni. tu pun tgk pada stock yang kat giant tu. kadang2 tade stock lama..

      Delete
    2. Saya bagii bayi avacado ni sgim dlu n then baru kisar. Boleh ke mcm tuu.

      Delete
  2. nice sharing.. tapi CT ni cuba banyak kali nak makan avocado kenot gooo..
    macam mana eh ? kadang2 tu orang cakap sedap tapi dah cuba xleh ditekak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita buat smoothies ja. Makan dengan roti atau begitu saja tu kita tak berapa suka. Haha 😂

      Delete
  3. Wahh..thankss farah..akak la tu orangnya dulu pernah cuba beli time diet2 sihat gitu..beli yg ijo..eee ape ni tak sedap buah ni..hahhaha..rupanya masa tu tak masak lagi..tak lama lepas tu baru tau yg da masak kaler kulitnya coklet gelap gitu..

    ReplyDelete
  4. Sis suka makan macamtu je, suka memasak ranum like 'breaking' tu haa..kalau muda memang kelat, kalau masak sangat jadi lembik..

    ReplyDelete
  5. wohooo..gitu rupanya nak pilih.kite ni sebenarnya teringin juga nak merasa avocado smoothies. kalo buat lebih kirim sket.hahaahhaha

    ReplyDelete
  6. Ingatkan warna yang gelap tu dah terlalu masak rupanya ada perbezaan ye antara yang terlalu masak dan okay dimakan.. tq share..

    ReplyDelete
  7. Saya takde pengalaman ttg avocado ni,saya try blend avocado,pahit rasanye,rupanya belum masak...tahu tak macam mana nk betulkan semula rasanye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya awak dah terblend sekali bijinya atau kulit bijinya.

      Delete
  8. Salam biase nye kite makan sebelah jae skli mkn.. Mcm mn nk jaga buah yg sebelah kite potong xdi xnak jadi gelap yer.. Aritu ternampak ade org share tp cari xjumpe dah

    ReplyDelete