Azam Tahun Baru 2019




Assalamualaikum semua!
Masuk ja tahun baru. Hampir semua orang akan listkan azam tahun baru mereka. Namun, ada juga yang berpendapat tidak perlu ada azam kerana apa yang berlaku semuanya ikut kehendak tuhan dan spontan. Tapi, tak salah kan kalau kita merancang matlamat atau apa yang kita kehendaki untuk tahun baru ini. Bukan apa, at least bila sudah sampai ke penghujung, kita boleh lah nilai progress diri kita untuk tahun ni kan. Yang bawah ni saya nak kongsikan azam saya untuk tahun ni.

Azam Tahun 2019

1. Sentiasa memperbaiki diri dan belajar dari kesilapan
-Yang ni setiap tahun perlu masuk dalam senarai. Sebab maklumlah, diri ini banyak kekurangan dan sentiasa akan membuat kesilapan. Yang penting belajar dari kesilapan diri sendiri dan orang lain, agar kita boleh jadi insan yang berguna serta berjaya di dunia dan akhirat.

2. Menabung untuk masa hadapan
-Menabung ini penting untuk kegunaan masa hadapan. Banyak plan pada tahun 2020 nanti. So dalam tahun ni nak kerja menabung sahaja bila dapat gaji.

3. Kurangkan Berat Badan
- Dulu berat kita stabil je, lepas intern terus naik 10kg. Tak sure lah sebab apa, stress pun ya, happy pun ya, makan banyak pun ya. Pastu bila attend event semua makan sedap-sedap. Mana lah tak naik berat badan. Nak kena kurangkan sedikit, exercise yang kosisten itu penting.

4. Lebih aktif dalam dunia blogging
-Dulu tak pernah terfikir nak jadikan blogging as a career. Dulu just start blog biasalah masih tak matang, sekadar luahan perasaan semata. Sekarang dah serius lah. Tahun ni mesti lagi serius! Kena lebih kerap update blog.

5. Nak Travel Dengan Kawan-Kawan
-Yang ni tak mustahil, cuma nak kena tengok masa yang sesuai untuk semua orang. Dah lama impikan cuma sebelum ni semua sibuk study, ni dah habis belajar semua, jomlah kita.

6. Berbuat lebih kebaikkan
-Maksudnya di sini, nak jadi ringan tulang, suka tolong orang, sedekah, buat amal jariah.

7. Banyakkan membaca untuk tambah ilmu
-Ini wajib ada dalam list setiap tahun untuk remindkan diri sendiri membaca itu jambatan ilmu. Pernah dengar tak ayat ni lagi banyak kita membaca, lagi banyak kita sedar yang banyak benda yang masih kita tak dapat explore dalam dunia ni. Ilmu itu sangat luas. 

Ini sahaja kot, azam tahun baru kita. Saja nak share, mana tahu ada yang sama dengan korang atau korang nak add up lagi azam baru lepas baca entry ni.

Sekian, Selamat Tahun Baru!

Post a Comment

4 Comments

  1. Selamat Tahun Baru 2019 DD ..
    Jumpa nanti ya :)

    ReplyDelete
  2. best azam baru didi...nak buat as reference jugak lah!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Selamat Tahun baru 2019.. :)

    ReplyDelete