HeroMarket Kedua Kini di Capital City Mall, Johor Bahru!


Assalamualaikum semua,

HeroMarket kini membuka cawangan kedua mereka di Capital City Mall. Pada sebelumnya, cawangan mereka di Johor di Tebrau City. Warga Johor yang duduk area Tampoi dan kawasan sekitarnya tu boleh lah berkunjung dan berbelanja di Hero Market.

HeroMarket ialah pasaraya yang menawarkan pelbagai barangan dan promosi dengan harga yang rendah kepada pelanggan dari semasa je semasa. Selain itu, mereka juga mengutamakan kebersihan dan keselesaan suasana berbelanja kepada pelanggan.


Untuk pengetahuan, HeroMarket mempunyai 26 cawangan di Klang Valley,  Pulau Pinang dan Johor. Di Johor, cawangan pertama mereka di Tebrau City dan yang kedua kini dibuka di Capital City Mall, Tampoi, Johor Bahru.

Slogannya 'Fresh and Easy' mengetengahkan konsep pasaraya moden dengan membeli-belah barangan harian, pelbagai jenis produk dan makanan segar dalam persekitaran yang bersih.

Konsep, warna dan susun atur di pasaraya itu memberikan suasana yang ceria untuk pelanggan berbelanja. Susun atur barangan, buah-buahan dan sayur-sayuran sangat kemas, cantik dan mudah didapati dengan wujudnya tanda nama seksyen.




Setiap barangan juga dilengkapi dengan tanda harga. Jadi, pelanggan boleh menjadi pengguna yang bijak dengan membandingkan harga barangan yang berpatutan dan mampu milik untuk dibeli.


Peminat Barbie boleh dapatkan coklat Barbie di Hero Market!
Bukan itu sahaja, terdapat juga bakery dan cafe di pasaraya hero market. Ini bertujuan untuk melengkapkan pengalaman pelanggan yang penat membeli belah. Mereka juga berpeluang menjamu selera setelah penat membeli belah. Di bawah ini saya sertakan gambar kek dan manisan yang dijual di bakery HeroMarket.


Sempena pembukaan cawangan baharu mereka di Capital City Mall, mereka mengadakan promosi besar-besaran sehingga 11 November ini. Orang ramai dijemput hadir membeli belah di pasaraya ini. Pelbagai barangan asas seperti telur, minyak, beras, biskut, buah-buahan dan sayur-sayuran dijual dengan harga yang rendah.

Selain itu, pelanggan boleh memiliki kad keahlian HeroMarke secara percuma untuk sebulan. Selepas sebulan, untuk menjadi ahli, mereka perlu membayar RM10 untuk keahlian setahun.

Untuk maklumat lanjut,

Lokasi:
Capital City, FG-AT001, Kompleks Kapital, Jalan Tampoi

Waktu perniagaan:
Setiap hari
10:00am - 10:00pm

Website:

Facebook:

JDT Bloggers Hadiri Majlis Pelancaran Hero Market

Post a Comment

2 Comments

  1. teringinnya nak pi shopping kat hero market

    ReplyDelete
  2. akak da pergi membeli belah gak kat sini lepas dibuka hari tu..hahahah

    ReplyDelete