Lebih 120 hidangan 'Citarasa Ramadan Chef Karim'


Ramadan menjelang tiba, jom berbuka puasa di Hotel Grand BlueWave Johor Bahru. Hotel ini menawarkan lebih 120 hidangan juadah berbuka puasa yang bakal meggamit selera anda.

Pada tahun ini, menu hidangan bertemakan 'Citarasa Ramadan Chef Karim' iaitu pelbagai idea masakan melayu asli dari kumpulan chef yang berpengalaman hotel ini.

Penulis berkesempatan menemu ramah Chef Eksekutifnya, Abd Karim Md Salleh. Beliau berkata kebanyakkan hidangan disini berkonsepkan hidangan kegemaran tempatan semua kaum khususnya melayu tetapi tidak juga mengetepikan menu serta hidangan pencuci mulut antarabangsa.


Antara hidangan utama bufet Ramadan kali ini ialah Kambing Kuzi Sumbat dengan Nasi Beriyani, Nasi Mandhi dengan Kambing Panggang, Nasi Lemak Berlauk dan Ayam Percik.

Pada masa yang sama, terdapat 'Action Live Station' yang membolehkan pengunjung menyaksikan secara langsung chef di hotel ini memasak hidangan pilihan pengunjung antaranya ialah hidangan Char Kuey Teow, Mee Goreng, Roti John, Satay dan Otak-Otak,

Tidak ketinggalan, pelbagai hidangan berkonsepkan durian antaranya ialah serawa durian, pulut durian dan Creampuffs durian"katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jenis hidangan kerabu iaitu Kerabu Udang, Kerabu Mangga, Kerabu Daging, Kerabu Nenas dan Kerabu Bendir.


Selain itu, beberapa hidangan barat turut dihidangkan termasuk pelbagai jenis pasta, salad, sizzling dan kambing panggang berserta tiga jenis sos pilihan iaitu, sos lada hitam, cendawan serta rosemary.

Di samping itu, kuih muih tradisional yang enak seperti onde-onde, bingka ubi, kuih lapis, kuih cendol, agar-agar dan tepung talam.

Tambahan lagi, hidangan pencuci mulut antarabangsa iaitu Butter Pudding, Apple Crumble, Tiramisu, Coklat Brownies dan Cream Brulee tidak terkecuali menambah suasana keceriaan hidangan warna warni bufet ramadan.


Pelbagai jenis minuman turut disediakan bagi membasahi tekak pengunjung yang kering akibat berpuasa. Antaranya ialah Teh Tarik, Sirap Selasih, Bandung Cincau dan Susu Soya.

Bufet Ramadan ini dibuka bermula jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari bermula 18 Mei hingga 13 Jun ini dengan bayaran RM92 untuk dewasa, RM65 untuk warga emas dan RM45 untuk kanak-kanak.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi 07-2216666, emel ke info@gbwhotel.com.my atau layari laman sesawang www.gbwhotel.com.my




Post a Comment

0 Comments