Juadah Buka Puasa Warna Warni Hotel Swiss Inn


Alami pengalaman berbuka puasa yang luar biasa bersama keluarga dan rakan tersayang di Hotel Swiss-Inn Johor Bahru yang menawarkan lebih 100 hidangan lazat untuk dinikmati.

Bufet Ramadan tahun ini bertemakan 'Warna-Warni Ramadan' yang membawa maksud pelbagai hidangan lazat yang berwarna warni akan tersedia bagi menarik minat pengunjung untuk datang berbuka puasa di hotel ini.

Antara hidangan utama istimewa yang bakal dihidangkan ialah Sup Tulang Rawon, Nasi Beriyani Kambing, Asam Pedas Bandar Maharani, Ayam Kong Po, Laksa Johor dan Udang Masak Lemak Rebung.

Selain itu, terdapat juga hidangan lain yang menarik iaitu Gulai Kawah Kelantan, Sayur lodeh Singapura, Kambing Hitam Manis, Daging Merah Johor Bahru, Rojak buah, Tahu sumbat, Otak-Otak, Cempedak Goreng, Nangka Goreng, Ikan bakar dan banyak lagi.

Chef Eksekutifnya, Azman Maulan berkata, tahun ini kita fokuskan kepada hidangan Melayu tradisional tetapi kita turut menyediakan hidangan lain berinspirasikan Cina, India dan Barat.


Bukan itu sahaja, hidangan barat seperti pasta bakal dihidangkan dan pengunjung bebas memilih jenis pasta serta sos yang digemari sekaligus dapat menyaksikan secara langsung chef di hotel ini membuat pasta anda, katanya.

Selain itu, pelbagai jenis hidangan pencuci mulut disediakan. Antaranya ialah kuih lapis, kuih puteri ayu, kuih talam, kuih dangai,  kuih seri muka dan beberapa pencuci mulut yang lain seperti puding buah, bubur sum sum, agar-agar buah dan pelbagai jenis kek.



Tempahan awal boleh dibuat sehingga 15 Mei ini dengan harga promosi RM78 untuk dewasa dan RM34 untuk kanak-kanak empat hingga 11 tahun.

Jika terlepas harga promosi, tempahan masih boleh dibuat sehingga 14 Jun dengan harga RM98 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak empat hingga 11 tahun.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi 072183351 atau email ke info@sijb.swissgarden.com dan layari laman sesawang www.swissgarden.com.




Post a Comment

0 Comments