Keseronokkan Tanpa Henti Buat Kami Sekeluarga Di Brickfest Legoland Malaysia

Hi Pembaca Semua! 

Hooray! Cuti sekolah sudah bermula. Korang pasti tercari-cari ke mana nak bawa anak-anak pergi berseronok kan. Harini Farah nak suggest kat korang jomlah bawa anak ke Legoland Malaysia. Syurga dunia Lego yang semestinya tidak akan pernah mengecewakan kerana sentiasa akan ada sahaja pelbagai aktiviti dan persembahan live yang menakjubkan. 

Hampir setiap bulan Legoland pasti mengadakan event dan aktiviti menarik untuk berikan pengunjungnya pengalaman yang luar biasa. Bagi sesiapa yang dah beli Annual Pass tu tersangatlah untung boleh pergi berkali kali dalam setahun. Yang belum, boleh dapatkan di website Legoland Malaysia.

Pada Jumaat lalu, Farah dan twins berkesempatan untuk pergi ke Legoland. Pengalaman kali ini berbeza sangat sebab inilah kali pertamanya Farah bawa twins ke Legoland. Sebelum ini, kita pergi dengan kawan-kawan sahaja. Maklumlah masa tu zaman bujang, belum berkahwin dan belum ada anak lagi. Sekarang dah zaman berkeluarga pula jadi kita bawalah anak-anak kita.

Menyempat jumpa blogger Farah Huda kat sini. Lama sangat kami tak berjumpa.

Untuk pengetahuan semua, rasa beruntung sangat diberi peluang pergi kali ini kerana adanya event Brickfest yang berlangsung pada 21 Mei hingga 22 September 2024. Jadi, ada banyak sangat aktiviti menarik yang boleh diturut serta oleh semua peringkat umur. Bolehlah, masing-masing explore kreativiti dan imaginasi masing-masing dalam Legoland.

Sebaik sahaja sampai di pintu utama Legoland, my twins tak sabar dah. Masing-masing terintai-intai dari luar persembahan live di pentas utama sewaktu Farah sedang dapatkan tiket masuk. Diorang excited sungguh sampai kita yang ditariknya ke sana sini bukan kita yang bawa dia. 

Untuk pengetahuan korang, untuk siapa yang datang dari jauh, tertinggal stroller ataupun nak extra stroller, pihak Legoland ada sediakan stroller rental untuk mommies. Kaunter stroller rentalnya disebelah kanan daripada pintu masuk utama, bersebelahan ATM dan Mini Market. Rental rate untuk single stroller RM58, double stroller RM80 and deposit refundable RM50. Kita sewa double stroller sebabnya stroller twins tertinggal kat Pahang lupa nak bawa balik Johor. Di samping itu, diorang pun dapatlah enjoy merasa naik stroller Legoland.

Walaupun ini dia panggil double stroller, strollernya comel ya. Tak berapa besar just nice untuk jalan di Legoland. Ada break for safety purposes takdelah stroller tu bergerak sendiri, ada compartment nak letak botol air, makanan, bag, dan sebagainya.

Apabila melepasi kaunter masuk Legoland, sememangnya korang dah boleh lihat banyak booth aktiviti untuk korang turut serta sempena Brickfest berlangsung. Sambil buat aktiviti, sambil disajikan juga dengan beberapa live show di pentas The Beginning Stage dan ada juga Meet & Greet dengan karakter Lego. Bolehlah nak ambil gambar dengan karakter Lego kegemaran.

 Oh ya, jangan lupa ambil activity card, nanti boleh claim hadiah jika anda dapat complete kesemua mission serta aktiviti yang ada.

Brickfest Legoland Malaysia 5
Korang boleh claim activity card dan hadiah di Redemption Booth ni.

Brickfest Legoland Malaysia 4
Di Booth 'Fun With Craft', korang akan diajar untuk buat crafting menggunakan Lego. Jangan risau akan ada guide yang ajar korang. Boleh sangat untuk siapa yang nak tambah skills dalam membina Lego.


'Lego Brick Class' booth ni pun best. Akan ada experts yang ajar korang bina sesuatu menggunakan Lego, sesuatu yang kadang kala korang tak terfikir korang boleh buat. Haritu saya berkesempatan melihat lego expert ajar seorang budak buat boat besar mengguna Lego yang tersedia. Sangat menarik. Tak kisah lah awak ni dewasa ke kanak-kanak semua boleh join tau, tiada had umur. My 2 years old kids pun join buat ikut imaginasi dia.


Anak saya, Naura & adik saya sedang menikmati pengalaman membina Lego ikut kreativiti masing-masing.


'Track Attack' ini korang boleh race dengan ahli keluarga atau rakan korang. Dia macam ala-ala main control car tapi versi lego. Cantik kereta.

Ini ialah aktiviti 'Speed Champion' atas ni salah satu aktiviti Brickfest yang bagi saya sangat best! Sebab korang bina sendiri kereta idaman ikut kreativiti dan berlumbalah dengan orang lain letak kereta korang kat track yang diorang dah sediakan seperti gambar di atas.

Tadaa. Atas ni kereta hasil ciptaan saya dan Farah Huda. Kitaorang mampu buat kereta yang comel sahaja. Nak buat besar-besar kena belajar dekat Brick Class rasanya. 

Kalau dah settle di area The Beginning, ayuhlah explore permainan yang lain. Untuk kids yang bawah 3 tahun tak semua rides yg diorang boleh main,  kena ukur ketinggian dulu. Lagipun kids bawah 3 tahun masuk percuma. Utk Naura Nayla, ketinggian diorang 88cm. Tapi masih ada lah a few rides yang boleh naik dan enjoy antaranya train, lost kingdom adventure, lego ninjago the ride, observation tower, 4D movie, dan beberapa playground.

Alhamdulillah, my twins jenis cuba je semua rides yang ikut tinggi dia tanpa buat drama. Cuma habis ride je dia kata 'Mama atot. Tak nak lagi.' Kita ni risau juga dia melalak waktu tengah menikmati permainan tu. Ada juga anak orang lain menangis especially Ninjago The Ride dan The Lost Kingdom Adventure tu sebab gelap macam masuk rumah hantu. Bagi sesetengah budak kecik itu mungkin menakutkan. Tak seseram mana pun, di situ dia ada sediakan  pistol, bolehlah kita suruh anak kita main tembak-tembak ikut gaya dia.  Nanti kuranglah nervous dia tu.

The Lost Kingdom Adventure - Di sini ada ride dan kebetulan pula lepas kami ride tu ada live show Egyption Dance. Menarik sangat. 

Ninjago The Ride

Lego 4D Movie ni pun menarik seperti korang tpengok wayang 4D. Korang boleh feel macam korang yang berada dalam movie tu. Yang ini saya tak sempat bawa my kids. Sebab dia sibuk asyik nak main playground aja. Bila dengan budak ni, santai-santai je sebab priority untuk dia enjoy hari dia kita bagi je dia nak main apa.

Train ialah benda yang paling best untuk kids. Yang ride ni semua peringkat umur boleh naik. My twins memang teruja sangat naik train. Tak habis-habis disebut nak naik choo choo train.

Miniland - Tak kira kanak-kanak atau dewasa pasti terpegun melihat binaan bandar serta bangunan yang dioerbuat Dari lego ni. Susah tak agaknya nak menyiapkannnya.. Sangat menakjubkan. Jejak je tempat ni, dah terasa berada di alam Lego. Cute semua bandar-bandar utama  dan landmarks dunia jadi Lego.

Ini Naura dalam observation tower, dia okay nervous sedikit mungkin sebab tak pernah bawa dia naik permainan tinggi macam ni. Gayat lah sikit. Tu yang diam je dia. Selain itu, kalau naik observation tower ni korang boleh tengok view the whole Legoland Malaysia Dari atas sangat cantik. 

Seterusnya, ada banyak playground untuk kids. Kalau diorang jenis tak berapa nak prefer main rides ataupun yang tak meet minimum height boleh lah singgah dari satu playground ke playground yang lain. Di setiap persinggahan pasti ada playground kanak-kanak untuk di explore. Sebab tu saya kata Legoland ni syurga kanak-kanak. Kalau kita tengok dari kids punya pandangan, dh main playground sini, jalan lagi eh ada lagi lah yang versi lain pula, ada lagi & lagi. 

Di samping itu, ibu ayah pun boleh main rides dengan tenang sementara anak main playground. Kedua-duanya dapat enjoy. Antara playground yang sempat saya snap sewaktu teman twins main ialah The Shipyard & Playtown. Kedua-dua playground ini location dia strategic sebab berhadapan dengan Restaurant. Penat-penat main bolehlah beli air ke, ais krim ke.

The Shipyard

Duplo Playtown - Yang ini my kids favourite. Sebab permainan dalam ni direka khas untuk kanak-kanak bawah 3 tahun. Slides, pondok, kenderaan mini, maze, semua size just nice untuk diorang. Dua kali singgah di Playtown ni bagi dia main.

Setelah masing-masing penat bermain, kami menikmati makanan tengah hari di Restoran berdekatan iaitu Pizza Mania. Restoran ni dia menyajikan makanan-makanan western seperti pelbagai jenis pizza, pasta, nugget dan fries. Makanan dia boleh tahan. My kids suka pizza dia, roti pizza dia luar crunchy dalam lembut. Saya orderkan kids pizza untuk diorang. Menariknya, menu kids ni disertakan sekali dengan air dan ice-cream tau. Boleh pilih nak air Dan ice cream apa.  

Inilah restorannya. Restoran ini terletak dalam Imagination Park. Playground Playtown tadi tu pun berdekatan sahaja dengan restoran ini. Saya suka singgah di sini sebab bersebelahan restoran ini, ada Baby Room dan Surau. Sesuai lah untuk korang nak take-a-break bagi yang muslim. Boleh solat, makan, tukar lampin anak. It's like one stop centre.

Baby room - 100% selesa. Ada ruangan kids and family. Toilet for family. Breastfeeding room ada tempat khas, fully aircond & tertutup. Mommy and baby sangat selesa.

Seterusnya, kami singgah ke LEGO Kingdom. Area ni kebanyakkannya minimum height ialah 105cm ke atas sebab rides dia melibatkan kelajuan. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas yang dah stabil Dan pandai seimbangkan badan. Kalau pergi sini korang wajib ya Cuba rollercoaster dia, rugi tak Cuba. Rollercoaster dia sesuai untuk kids, jangan bayangkann roller coaster yang macam kat USS tu. Yang tu dewasa punya turun rollercoaster terhuyung hayang terus. Ni biasa-biasa selamat untuk kanak-kanak. Rollercoaster di sini ada dua jenis, yang tinggi sikit dgn yang rendah sikit. Tahap kelajuan macam lebih kurang ja.

Permandangan di area Kingdom ni cantik, dia vibes ala-ala macam English castle zaman medieval plus kalau korang ke sini dia macam ada mainkan lagu-lagu zaman tu. Boleh feeling2 macam berada di zaman tu. Boleh ambil gambar ootd semua di sini.

Castle ni memang sangat cantik. Kalau sesiapa berminat nak naik rollercoaster dragon yang tinggi kena masuk dalam castle ni.

Royal Joust - Ini rides untuk kids. Minimum height 105cm. Comel sangat yang ni.

Merlin's Challenge - Rides yang ni menarik dia ala-ala naik kereta api laju dan beralun. Yang ini pun advisable untuk kids with minimum height 105cm.

Selesai semua, kembalilah kami ke The Beginning Stage, masa untuk relax sambil menantikan live shows terakhir bersama Lego Character. Sambil tu teman si kenits ni main Lego. Tekun sungguh dia main. Tak berganjak ke mana pun.Macam-macam bentuk dia cipta dengan tangan kecil dia ikut imaginasi dia, kereta lah, kapal lah, dan sebagainya.


Adik excited for the show!


Guys, sebenarnya ada beberapa lagi permainan yang kami tak sempat nak explore. Saya kekurangan masa juga nak explore semua benda kali ini. Mungkin disebabkan ada anak-anak jadi kena slow and santai sebab mereka pun pertama kali masuk. Apa yang mereka nak main, kita ajak je sampai dia puas. Dulu sewaktu pergi dengan kawan-kawan sempat je main semua rides dalam theme park tu. Walaubagaimanapun, saya tetap berpuas hati semua gembira. Jujur korang memang takkan bosan. Sini penuh dengan aktiviti. 

👉Untuk dapatkan Annual Pass Legoland boleh layari ke 

👉Info lanjut tentang Brickfest

Post a Comment

2 Comments

  1. Seronok la anak- anak...aunty pun x pernah sampai sini lagi tau...ok jealous...

    ReplyDelete
  2. Seronok twins dapat p legoland haaa. Mak2 pun heal inner child deme jugak ni. >.<

    ReplyDelete