Ulser Mulut Yang Sungguh Memedihkan


Korang pernah kena ulser di mulut atau nama lainnya orang kita panggil 'mata ikan'? Allahu pedih dia Tuhan aja yang tahu. Waktu bulan puasalah ni kita kena ulser mulut. Fara jarang kena ulser mulut ni, dia datang tanpa diduga, tiba-tiba ja tak tahu sebab apa. Mungkin sebab bulan puasa kan, cuaca panas, kita kurang minum air. Bila kena tu, mak aihh nak makan pun boleh jadi tak ada selera, pedih. Kalau cara fara hilangkan ulser mulut ada tiga cara ja. Tapi tulah benda ni datang tak dijemput, hilang pun nanti dengan tersendirinya. Tapi makan masa sikit lah.

1. Bonjela Gel

Photo: Google

Mama yang ajar fara pakai bonjela gel tu. Bonjela gel ini fungsi dia memang untuk merawat ulser mulut atau gusi bengkak. Sapukan aja di permukaan yang sakit. Bila letak kat permukaan ulser tu dia rasa sejuk-sejuk dan pedih sikit gitu.


2. Garam

Photo: freepik

Garam ni cara tradisional. Kita letak garam pada ulser atau kumur guna air garam. Memang azab betul. Tapi awal-awal memang letak pedih sangat sampai berair mata. Tapi kena tahan lah, selepas beberapa minit gitu tempat ulser tu jadi kebas dan pedih tu dah bekurangan lah. Sehari dua kali buat. 


3. Ubat Kumur/Mouthwash

Photo: Google

Ubat kumur ni memang bagus bukan sahaja fungsi dia sebagai antiseptik untuk mulut, dia pun ialah anti bakteria. Selalu kita akan guna ubat kumur ni lepas gosok gigi lah kan. Jenama ubat kumur yang terkenal yang selalu fara pakai Listerine dan Colgate Plax tu.

Selain itu, ada beberapa perkara juga yang korang perlu elakkan iaitu makan makanan pedas dan berasid dan minum minuman yang terlalu panas. Sebab pedih teramat terutamanya kalau makan pedas tu dan baik2 nak baik, luka dia mula jadi besar balik. Bisa dia lama nak hilang. Paling penting banyakkan minum air masak, makan sayur dan cubalah cara-cara diatas.

Tiga cara ni jelah yang saya lakukan kalau terkena ulser mulut tu. Kalau korang ada cara lain yang korang guna berkesan, boleh lah share dengan kita kat ruangan comment di bawah.

Post a Comment

6 Comments

  1. Eh rasa macam haritu ada posting ni kan Farah?...ko draft ke...
    Ulser tu kalau kena, hilang mood semua...selalu Sis beli aerogel bagi kebas...atau letak mentega..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah draft lepastu tertekan publish hahhaha

      Delete
  2. dah lama tak kene ulser, bila makan pedas memang menyengat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kita pun. haihh nak menunggu dia baik lama betul

      Delete
  3. kalo akak, minum je lah air banyak2...sebab tu je cara yang kurang pedih..hahahahha

    ReplyDelete
  4. saya biasa minum air je banyak-banyak, tak sanggup nak letak garam apa semua. berus gigi pun seksa huhu

    ReplyDelete