Guru Pertamaku Adalah Ibuku!

Sememangnya memang betul pun. Guru pertama kita semua ialah ibu kita. Ibu kita yang ajar kita macam2 perkara. Daripada tak pandai jalan, tak pandai guna sudu garpu, chopstick, take kenal warna, tak pandai membaca, sampailah pandai semuanya. Besar kan tugasan dan pengorbanan guru pertama kita.. Bukan sahaja tugasnya menguruskan keluarga, makan minum, pakai kita tapi mendidik kita jadi manusia yang berguna.

Kes saya istimewa sedikit. Mama juga ialah guru Bahasa Melayu saya di sekolah rendah. Ini sebab Mama saya seorang cikgu. Jadi sepanjang darjah 1, Mama jugaklah yang mengajar saya. Memang kalau malas belajar kat sekolah atau kat rumah tu memang kena cubit lah jawabnya. Biasalah budak kecik tahu berkhayal dan nak bermain aja.


Selamat Hari Guru Mama!
Terima kasih kerana menjadi guru pertama buat anakmu ini. Dah pandai baca, kenal warna, mengaji sejak sebelum sekolah lagi. Ayat pertuturan pun ayat buku lengkap dulu2 sebab mama cikgu bm sehingga skrg pun. Org tertawakan kadang2.. Sebab orang lain biasa pakai bahasa slanga dari bahasa buku. Tapi, tak apa. Kita tak buat salah pun hanya bertutur penggunaan bahasa Melayu yang betul kan. Saya bangga dengan Mama saya sebab dia bukan saja cikgu pertama saya tapi cikgu pertama di Sekolah Kebangsaan buat semua orang. Penat lelah dia hanya Allah yang tahu.

Sekalung penghargaan terima kasih juga buat warga pendidik yang berhempas pulas mendidik saya dari bangku sekolah hingga ke alam universiti. Terima kasih cikgu! Alhamdulillah, saya pun berjaya menamatkan pelajaran hingga ke alam universiti berkat cikgu-cikgu semua mengajar dan menjadi pembakar semangat buat saya. 

InsyaAllah, nanti saya ada masa saya melawat lah cikgu-cikgu di sekolah. Walaupun dah meninggalkan sekolah, batch STPM kitaorang ni suka pergi sekolah kalau memasing free sewaktu cuti sem. Sebab cikgu-cikgu Form 6 kitaorang memang baik dan selalu ambil berat serta cuba memahami setiap student dia. Memang kami ingat jasa cikgu-cikgu kami hingga akhir hayat insyaAllah.

Post a Comment

5 Comments

  1. x ternilai pengorbanannya

    ReplyDelete
  2. Oittt tukar balik template ke oitt...

    Ibu memang GURU yang tiada bandingannya dengan sesiapa di dunia ni Farah kan....love Emak..

    ReplyDelete
  3. yes..... guru pertama kita ialah ibu ... teringat dulu ibu paksa ain sebab ain tak pandai menulis. huruf A je pun. hahahahaha.... dipaksa nya tulis banyak kali sampai cantik... sampai nangis2 ain sambil menulis tuh 😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
  4. walaupun mak akak tak sekolah, tapi dia la yang selalu pastikan anak-anak dia belajar rajin-rajin dan siapkan segala kerja sekolah..

    ReplyDelete