Kenduri Menu Baru Ayam 4Fingers Firecrackers Yang Sungguh Berempah

Ayam Firecracker Sauce
Korang dah cuba belum menu baru 4Fingers Crispy Chicken iaitu Ayam Firecracker Sauce. Ayam ni rangup, kaya dengan rempah ratus dan pedas. Bau rempah ratus dia tersangatlah kuat hingga menusuk hidung, apa lagi bila dah makan kan terasa betul pedas dia ditekak. Alhamdulillah menu ni boleh tahan sedap dan pedas. Kita suka. 

Cuma kadang-kadang rasa macam terlebih rempah serbuk kari pun ada. Tapi sedap ja. Untuk peminat ayam goreng, kalau cuba mesti ketagih nak lagi dan lagi. Jadi, korang boleh lah dapatkan menu baru ni di mana-mana outlet 4Fingers yang berdekatan dengan anda. Harga dia dalam kadar RM15 hingga RM55 based on sets, ala carte and berapa ketul ayam yang korang nak.

Saya dan Kim. Tengok Hello Kitty tu pun nak tau Ayam 4Fingers Firecracker Sauce ni
Selain itu, kami juga berkesempatan rasa menu-menu lain seperti BFF burger, kimchi fries and seaweed fries. Untuk nak tengok menu apa yang ada beserta harga di 4Fingers boleh layari http://www.4fingers.com.my/Menu-Signature-Crispy-Chicken

Kita suka dua-dua fries tu seaweed dan kimchi fries tu! Dua2 sedap!
B.F.F Burger Set (the best selling chicken burger - crispy chop topped with house roasted garlic sauce)
Burger dia juga tidak mengecewakan. Kita suka sos bawang putih dekat daging ayam tu sedap.
Sebenarnya, kita tumpang je Kim dan yang lainnya nak buat Food Review di sini. Alang-alang dah tukar jadual kerja ke malam, hahah tu yang tengah hari tu kita pun on ler. Gembira sangat dapat jumpa diorang. Walaupun last jumpa masa Hi Tea, tapi rasa lama sangat tak jumpa. Melampau kan. hahaha. By the way, Thank you Kim and Sis Lin for the treats!

Kami di 4Fingers Crispy Chicken
Siapa yang dah rasa Ayam 4Fingers Firecracker Sauce boleh lah kongsi review anda di kotak ulasan di bawah 👇

Post a Comment

3 Comments

  1. suka ayam signature 4fingers! yang firecracker ni kurang sikittt

    ReplyDelete
  2. kite belom penah try lagi makan kat 4Fingers ni.. x tau macam mana rasa..
    nanti kena pi..

    ReplyDelete