Assalamualaikum semua!
Entri hari ini sesuai untuk siapa yang tengah mencari tempat bercuti atau berbulan madu. Saya nak cadangkan pembaca semua untuk berkunjung ke 'Pulau Belitung' yang terletak di bahagian Timur Sumatra, Indonesia. Pulau ini sangat cantik dan tidak hairanlah pada setiap tahun ribuan pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke sini.
Namun begitu, masih ramai lagi yang tidak tahu tentang kewujudan pulau kecil Indonesia ini. Apabila disebut Pulau Bali, semua orang tahu dan bercita-cita hendak ke sana. Sedangkan Pulau Belitung pun cantik macam Pulau Bali dan tidak terlalu sesak. Suasana di Pulau Belitung ni sangat tenang dan rasa macam tak nak balik kalau dah jejak ke sini.
Pulau ini kaya dengan keindahan alam semula jadi, hidupan laut dan sumber asli. Bentuk muka buminya sangat unik dan memukau. Terdapat banyak batu granit bersaiz besar tersusun cantik di persisiran pantai, pulau kecil dan tengah lautan. Sehinggakan di salah sebuah pulau kecil, batu-batu granit itu tersusun menyerupai kepala burung garuda.
Pulau ini dikenali sebagai Negeri Laskar Pelangi kerana berkait rapat dengan Filem 'Laskar Pelangi' yang diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Andrea Hirata. Novel tersebut berkisahkan tentang dua orang pendidik yang bertungkus lumus berjuang supaya SD Muhammadiyah iaitu sekolah agama yang tertua di Belitung tidak ditutup dan dapat memeberikan pendidikan sempurna untuk pelajar yang kurang berkemampuan. Jalan cerita ini sangat menyetuh hati, sesungguhnya penuh dengan pengisian dan nasihat.
![]() |
Filem Laskar Pelangi. Foto:Google |
Pulau Tanjung Tinggi. Foto: Hasif Mohamad |
Dermaga Kirana, Belitung |
![]() |
Rumah Adat Oramg Belitung |
Sesungguhnya, pengembaraan saya ke Pulau Belitung sangat menyeronokkan dan saya sangat berpuas hati dan bersyukur dapat join FAM trip Pulau Belitung yang dianjurkan oleh MTN Getaways ni. Penginapan selesa, makanan sedap, tour guide friendly dan kenderaan semua disediakan termasuk airport transfer, snorkeling, tour dan sebagainya.
Alright, sesiapa berminat nak bercuti ke Belitung.. Sempena akhir tahun ini, MTN Getaways ada menawarkan pakej promosi akhir tahun untuk sesiapa yang berminat untuk ke Belitung. Segala details harga ada pada gambar di bawah.
Harga pakej 3H2M dan 4H2M termasuk:
- Tiket penerbangan pergi dan balik
- Penginapan
- Makanan (Sarapan Pagi, Tengahari dan Malam)
- Kenderaan (Untuk tour keliling belitung dan bot untuk snorkeling))
- Pemandu Pelancong
- Aktiviti dan Tempat Menarik termasuk Island Hopping dan Snorkeling
Menarik, berbaloi dan berpatutan pakej di atas ni.. Jadi, jangan tunggu lagi cepat buat tempahan sebelum Full pada tarikh yang anda kehendaki. Peluang hanya datang sekali selagi ada promosi ni!!
Untuk maklumat lanjut:-
Facebook:
https://www.facebook.com/mtngetaways01
Instagram:
https://www.instagram.com/mtngetaways/
Hubungi:
+65 8531 3381 (Faizun)
+65 8289 3688 (Amira)
Email:
admin@mtngetaways.com
Nanti saya kongsikan pengalaman saya yang details di entri seterusnya. korang kena sabar menunggu sebab saja nak buat korang ternanti-nanti. hahahah
6 Comments
jom terbang ke pulau belitung lagi. nak kutip hati yang tertinggal dekat sana :p
ReplyDeletehahaha. jom kita punya roh tertinggal kat sana macam mana tu. hahahaha
DeleteJommmmm repeat pulau belitung!
ReplyDeleteKalau ada rezeki lebih.. Jom Tahun Depan!!
Deletejeles betul tengok gambo korang kat sana..cantik..
ReplyDeleteAlololo. Saya doakan nanti ada rezeki lebih baik untuk kak hernee dan baby.. 😘
Delete