5 Perpustakaan Antik Dunia Boleh Dilawati

Bila sebut sahaja tentang perpustakaan, korang mesti bayangkan suasana yang sunyi, tenang dan berada di antara rak-rak yang dipenuhi oleh buku. Bagi pecinta ilmu, perpustakaan ialah syurga. Perasaan teruja itu tercipta apabila melangkah masuk melihat rak-rak tinggi yang dihiasi dengan buku-buku serta bauan buku-buku lama. Sepertinya terasa buku-buku tu memanggil mereka untuk membacanya.

Korang pernah dengar tentang buku 'The Canon of Medicine' yang ditulis oleh Ibnu Sina. Buku ini diterbitkan pada tahun 1025 masihi. Sehingga hari ini salinan buku itu masih disimpan rapi di beberapa perpustakaan dunia dan menjadi rujukan ilmu perubatan di seluruh dunia. Nampak tak bertapa pentingnya kewujudan perpustakaan di atas muka bumi ini.

Perpustakaan bukan sahaja menjadi tempat penyimpanan dan rujukan buku-buku, dia juga menjadi tempat simpanan manuskrip, journal, artifak, dokumen, peta serta lukisan yang sudah berasal dari abad terdahulu. Sesetengah perpustakaan memiliki mini muzium, pameran dan arkib tersendiri untuk menyimpan dan memelihara barangan yang ada nilai sejarahnya tersendiri.

1. The Bodleian Library

Foto: beyondthelamppost.com
Bodleian Library ialah salah satu perpustakaan tertua di dunia. Dibina pada tahun 1602 dan merupakan perpustakaan kedua terbesar di United Kingdom selepas The British Library. Perpustakaan ini dikatakan menyimpan sebanyak 12 juta bahan rujukan termasuk journal, manuskrip, lukisan, peta dan buku-buku lama seperti The First Folio of Shakespere. Salah satu ruangan di perpustakaan ini pernah dijadikan tempat shooting filem Harry Potter, runagan Duke Humphrey's Library digunakan sebagai Hogwarts Library dalam cerita tersebut.

Ruangan Duke Humphrey of Bodleian Library. Foto: Mentalfloss.com


2.  The Klementinum Library

The Klimentinum Library ialah perpustakaan terbesar dan tercantik yang terletak di Czech Republic. Ruang utamanya dilengkapi dengan barangan antik seperti glob dan jam lama yang dicipta oleh Jan Klien, seorang ahli matematik dan astronomi. Selain itu, dinding dan siling perpustakaan ini juga dihiasi dengan lukisan-lukisan yang melambangkan kehidupan masyarakat di zaman pertengahan. Sebanyak 6 juta dokumen, manuskrip, lukisan dan gambar lama tersimpan rapi dalam perpustakaan ini.

3. Admond Abbey Library

Admond Abbey Library. Foto: Trip Advisor
Admond Abbey Library terletak di Austria dan dibina pada tahun 1776. Perpustakaan ini dikenali sebagai 'The real life Beauty and The Beast Library' kerana reka hiasan, susun atur dan pilihan tema warna yang sangat cantik dan 'dreamy'. Jadi bagi sesiapa yang nak berangan ala-ala macam Disney Princess baca buku, boleh lah berkunjung ke sini. Perpustakaan ini mengandungi sebanyak 200,000 koleksi bahan rujukan termasuk 1400 manuskrip dari abad ke 8. Di sepanjang ruangan dinding perpustakaan ini dihiasi dengan dua ukiran/scuplture yang dihasilkan oleh pengukir hebat, Josef Stammel. Silingnya pula dimeriahkan dengan lukisan-lukisan yang mempunyai nilai dan keistimewaaan tersendiri.

4. The Royal Portuguese Cabinet of Reading

Royal Portuguese Cabinet of Reading. Foto: Goodreads.com
The Royal Portuguese Cabinet of Reading Room ditubuhkan pada tahun 1822. Jika anda berkesempatan berkunjung ke Rio De Jeneiro, Brazil, sila lah singgah ke perpustakaan besar ini. Di dalamnya tersimpan lebih 9 juta bahan bacaan dari seluruh dunia. Perpustakaan ini akan menerima kira-kira 6 ribu buku pada setiap tahun. Cakap sahaja sejarah dari negara mana dan zaman mana semuanya ada. Dinding perpustakaan ini kesemuanya dipenuhi oleh rak-rak buku, tiada sedikit ruangan kosong pun.

5. The Joanina Library


The Joanina Library dikenali sebagai 'Pusat Sejarah' di University of Coimbra. Perpustakaan ini pada abad ke 18 sewaktu pemerintahan raja Portugis iaitu King João V. Reka hiasan dalaman perpustakaan ini melambangkan seperti istana raja Portugis di zaman medieval. Setiap ruangan perpustakaan ini dihiaskan dengan susun atur rak buku yang memenuhi dinding berserta ukiran-ukiran kayu pada tiang dan perabotnya. Ini menambahkan lagi suasana antik dan bersejarah apabila berada di dalamnya.

Untuk pengetahuan, perpustakaan ini digunakan untuk set penggambaran filem 'Beauty and The Beast' yang disiarkan pada 16 Mac tahun lepas. Perpustakaan ini menjadi sebahagian daripada ruangan dalaman istana Beast tersebut.

Set Penggambaran Beauty and The Beast. Foto: University of Coimbra
Sekian, untuk berkongsi pengetahuan am hari ini. Sebenarnya, ada banyak lagi. Tapi saya ambil lima sahaja. Kalau ada sesiapa yang pernah berkunjung ke salah satu perpustakaan antik dunia, boleh lah kongsi pengalaman dengan kita kat ruangan komen di bawah.

Post a Comment

1 Comments

  1. Dalam banyak-banyak tu, Sis suka yang no1..
    Tak tau laa, nampak suasan dia dan susunan buku kat rak, rasa bestnyaa kalau dapat duduk membaca kat situ..

    ReplyDelete