Instagram Story Lebih Menarik Dengan Unfold


Hai semua!😊

Entry kali ini I nak share satu tips nak buat Insta Story Instagram korang nampak lebih cantik, comel  dan menarik. Mesti suka kan tengok insta story orang lain yang ada design dan font menarik. I dapat idea nak share tentang ni disebabkan setiap kali I upload insta stories yang sudah di edit dengan menggunakan aplikasi Unfold ni, mesti ada yang dm tanya, 'eh apps apa yang awak guna?' 'cantiknya font semua macam mana tukar dan ada frame pada gambar?'

Sebenarnya, dah banyak Instagrammers di luar sana gunakan aplikasi Unfold ni untuk membuat insta story mereka lebih menarik, cantik dan kemas. Korang pun boleh je buat insta story yang cantik. Cuma dapatkan aplikasi Unfold ni di Google Play ataupun Apps Store! Available for both android and apple users. No worries ok semua boleh guna.

Ok, jom I nak bawak korang tengok apa yang menarik dengan Unfold ni.

Pertama sekali, aplikasi ni sediakan lebih kurang 25 design template yang berkonsepkan minimalist, elegant dan menarik. Ada template percuma dan ada juga berbayar. Satu template cost around RM3-RM4. Yang percuma pun banyak ja.

Boleh pilih sahaja template yang anda mahu.
Seterusnya, apabila kita sudah pilih template. Kita boleh custom kan template dia ikut kesesuaian yang kita nak. Antaranya, kita boleh tukar font dia. Banyak font menarik disediakan tinggal pilih ikut citarasa kita. Nak tulisan jenis apa cakap je, jenis sans serif, sans dan script.



Selain itu, boleh juga tukar background canvas kita tu. Tak semestinya kita nak background warna putih je. Di situ, ada tujuh warna yang sangat cantik tersedia untuk kita pilih.



Kemudian, melalui aplikasi ini juga anda semua boleh adakan frame pada gambar atau insta story anda supaya nampak kelihatan lebih menarik dan lain daripada yang lain. Menyerlah sedikit dari insta story yang biasa. Boleh lihat contoh di bawah.

Dibawah ini adalah contoh insta story yang diedit dengan menggunakan Unfold. Korang bukan sahaja boleh masukkan gambar ya. Video pun boleh, boomerang pun boleh tiada masalah.



Akhir sekali, jika semua design insta story korang tu dah siap, boleh lah di save dalam phone dulu baru upload ataupun boleh upload terus di instagram masing-masing.

Konklusinya, aplikasi ni ditujukan khas untuk semua orang yang sukakan kelainan di insta stories masing-masing. Sangat berguna untuk peniaga online, bloggers, influencers dan sesiapa sahaja untuk menghasilkan insta story yang menarik, cantik dan kemas. Semoga semua mendapat manfaat dari tips yang tak seberapa ni. Make sure try ya siapa yang belum try lagi tu. Terima kasih sudi membaca!💗

Post a Comment

4 Comments