Jom Makan Di Hutan

Foto: Savanna Hill Resort
Makan di gerai, restoran mahupun hotel mewah mungkin sudah terlalu biasa dalam kehidupan seharian, sudah pasti ramai mengidamkan suasana makan yang berbeza untuk dijadikan memori indah bersama keluarga dan rakan tersayang.

Jika anda mahukan pengalaman yang luar biasa iaitu makan dalam hutan, boleh lah segera berkunjung ke Savanna Hill Resort yang terletak di Ulu Tiram, kira-kira 30 kilometer dari pusat bandaraya Johor Bahru.

Untuk pengetahuan anda, Savanna Hill Resort  terletak di kawasan bukit serta dihiasi dengan pokok pine dan pada waktu pagi resort ini dipenuhi dengan kabus tebal dan bersuhu rendah.

Penginapan di Savanna Hill Resort! Foto: Savanna Hill Resort
Kesemua reka bentuk penginapan di sini berkonsepkan negara eropah dan barat yang sesuai dijadikan tempat untuk aktiviti hari keluarga, program latihan, kursus motivasi, majlis perkahwinan serta majlis graduasi.

Berbalik pada inginkan suasana makan yang luar biasa, pengunjung doiberikan peluang menjamu selera dibawah teduhan rimbunan dedaun hijau dan ditemani bunyi cengkerik menyanyi.

Kawasan 'Makan Di Hutan' ini agak sedikit tersembunyi kerana ditutupi oleh rimbunan pokok hutan serta akar kayu dan kebanyakkan pengunjung yang menginap di sini juga tidak tahu akan kewujudan tempat ini.

Foto: Savanna Hill Resort
Untuk pergi ke sana, pengunjung perlu melalui sebuah laluan rahsia yang dihiasi oleh lampu-lampu kecil yang terikat pada pagar kayu, cahanya menjadi petunjuk dan menerangi sepanjang jalan sehingga tiba di destinasi.

Lebih menarik, apabila tiba sahaja di situ, pengunjung dapat menikmati suasana meriah makan dalam hutan dengan dihidangkan pelbagai jenis menu bufet tradisional yang dihidangkan di atas meja yang beralaskan dedaun nipah dan dekorasi berasaskan kayu hutan dan buluh.

Reka hiasannya bertemakan kediaman orang asli, dua buah bangsal beratapkan nipah tersedia bersama dekorasi gantungan lampu minyak serta perabot yang diperbuat daripada kayu balak bagi menambahkan lagi keseronokkan makan di situ.


Foto: Savanna Hill Resort

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, 

Lokasi
Lot 1516, Jalan Nasiman, Batu 18, Sg Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor.

No Telefon
07-865 7737

Laman Sesawang

Facebook

Instagram

Email
shsavannahill@gmail.com

Post a Comment

1 Comments