Rugi Kalau Tak Cuba SDS Merdeka Platter!

Hi semua! Sempena bulan kemerdekaan ini, SDS Bakery & Cafe tampil dengan menu baru yang boleh kongsi dua hingga 3-4 orang. Menunya ialah 'SDS Merdeka Platter' Kombinasi 3 perisa ayam ni yang membuatkan merdeka platter ni meriah dan rasa yang pelbagai.

Apa ja yang ada dalam SDS Merdeka Platter ni kan?
Ha, tengok gambar kat bawah tu. Terliur tak?
Set platter ni ada Nasi Portugis, 3 Perisa Ayam (Masala Powder, Sambal Kicap dan Sos BBQ), acar, papadam dan sambal belacan yang kick kaw kaw punya pedas. 


Nasi Portugus ni kalau makan bergitu saja, rasa dia memang plain. Tapi kalau korang makan dengan setiap menu sampingan di tepi-tepi tu. Barulah rasa dia sedap. Masam, manis, masin, pedas semua seimbang. Ulasan tentang perisa ayam pula, antara tiga tu, fara paling suka yang BBQ tu, kedua sambal kicap, ketiga yang masala. Rasa paling unik sambal kicap. Serius memang rasa macam sambal kicap johor yang kita makan dengan goreng pisang tu. Rasa dia bukan rasa takat kat kulit ayam tu aja. Rasa dia blend dengan isi dia juga. Tu yang membuatkan ayam dia win.

Oh ya, ada terdapat 4 pilihan air untuk set ini. Tapi harga add on lah. Set tu tak termasuk air. Harga add on dia jauh lebih berbaloi dari harga asal. Antara 4 jenis air itu ialah Boba Ice Coklat, Boba Soya Bean, Boba Teh Tarik dan Boba Bandung Soya. Semua best-best air dia.


Set ni sampai 16 September 2020 sahaja. For limited time only!
Kalau nak dapatkan voucher RM5 korang boleh bergambar dengan Instagram frame dia mana-mana SDS cafe outlet. Tapi jangan lupa lah hashtag dan tag @sdsgroup. 


Selain itu, ada beberapa menu lainnya yang for a limited time juga sempena merdeka ini. Tapi ini boleh dapatkan di bakery section. 


Kek pandan premium dia, sangat lain daripada lain. Sebelum ni kek pandan chiffon aja dia keluarkan. Now, kek pandan yang luar dia lembut macam jelly dan dalam dia ada kek span vanilla. Very recommended. Sedap, kita suka sebab tak terlalu manis.


Yang ini roti kari cheese. Boleh cubalah nanti ya.

Jadi guys, rebutlah peluang ni. Beli dan rasa menu-menu medeka SDS Bakery & Cafe! 
Menu-menu ini semua boleh dapat di mana-mana outlet SDS hingga 16 September. Masih sempat lagi kalau nak buat girls hangout ke? Ajak family makan ke kan? Huhu

Post a Comment

5 Comments