Aku Tak Pernah Bersedia Untuk Semua Ini - Blog Faradidi

Breaking

Sunday, February 23, 2020

Aku Tak Pernah Bersedia Untuk Semua Ini


Hi Semua! 

Bila lihat sahaja tajuk di atas, apa ja yang seorang Farah tak bersedia ni agaknya. Kalau korang nak tahu, tahun ni ialah tahun yang paling banyak berlaku sesuatu perkara yang membuatkan diri ini di dalam situasi sama ada diberi ruang untuk bersedia atau tidak. Banyak sangat perkara mengejutkan berlaku seperti tiada masa untuk bernafas dalam membuat keputusan. Apa yang dirancang dengan apa yang akan berlaku sudah semestinya berbeza. Dugaan dan kebahagiaan datang semua dengan serentak dan sentiasa berharap diri ini supaya tabah.

Pertama, tak terlintas langsung awal tahun ni nak bertunang. Kalau ikut plan fara dan si dia dalam bulan 3. Tup tup masa merisik parents tetapkan tarikh pada cuti raya cina haritu. Dengan keadaan yang kelam kabut, nak tak nak kena hadap buat persiapan semua dengan tak lebih sebulan. Dua minggu sebelum bertunang baru nak jemput semua family dan kawan-kawan terdekat. Semestinya, family memang terkejut beruk lah. Eh, budak ni tak ada khabar nak tunang ke kahwin.. tiba-tiba ja dah nak tunang dah.. Lagi dengan orang tak tahu dengan siapa fara berkawan.. Memang kelam kabut.. Waktu tu dengan kerja banyak, stress, hidup tak terurus. Tapi, Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan.

Kedua, dapat kerja baru. Sesungguhnya, farah memang ada plan nak tukar kerja. Cuma, ingatkan nak take a break sekejap kan lepas hantar resign. Tak sempat kawan-kawan. Pergi interview dengan minimal preparation, kepala serabut dengan kerja. Lepastu berhenti ja dari company lama, kemudiannya terus masuk company baru. Memang cerita dia tak ada persediaan apa pun. Fara yang nak tak nak kena sediakan diri ini untuk hadapi kehidupan pekerjaan baru.

Bila masuk kerja baru, aku gembira cuma aku tak sempat bersedia sangat. Jadi masih tengah blur-blur untuk minggu pertamanya. Kerja baru ni pulak berbeza dari bidang-bidang yang aku pernah ceburi. Aku mula dari bawah balik. Banyak sangat benda yang kena belajar dan catch up. Otak pun tumpul sebab dah lama tak fikirkan idea-idea menarik. Kerja dulu selalu buat according apa yang customer nak ja kan and kena manage daily operation kat kedai. Tak sama dengan kerja baru ni. Tapi InsyaAllah mampu nak lalui. Sebab selalu fikir, aku kerja sebab aku nak ilmu, pengalaman dan nak improve diri. Ini lah cabaran baru yang aku kena hadapi.

Ketiga, sekali lagi tak bagi ruang untuk bernafas. Tiba-tiba parents came out dengan tarikh nikah dan sanding dalam tahun ni jugak. Bila dapat tahu jantung nak terkeluar, sebab nak kena buat preparation kahwin lah pulak. Kebetulan baru pulak tukar kerja, cuti pun dah tetap Sabtu Ahad. En tunang pulak cuti weekdays. Alahhh another cabaran yang kami kena hadap. Bilanya waktu sesuai dua-dua ni nak jumpa wedding planner and uruskan semuanya sama-sama. Takkan nak datang hari lain-lain lah kan. Tak best lah. Kadang diri ni rasa nak nangis, tak larat, stress nak kumpul duit semua. Tapi, bila fikir positif. InsyaAllah Allah tolong. 

Hanya mampu doa ja segala urusan dipermudahkan. Selalu pesan kat diri, banyakkan bersyukur dan jangan merungut. InsyaAllah, disebalik kesulitan ada kemudahan. Yang Allah beri ini semua rezeki. Nak dapatkan sesuatu yang baik mesti ada cabaran kan. Jadi, kenalah hadapi dengan tenang walaupun tak bersedia. Sekian, coretan luahan saya pada hari ini.

17 comments:

  1. Fara! kalau perlukan bantuan, bagitau!!! we are here for youuuu!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Rezeki dan jodoh tak pernah salah alamat. Allah tahu Fara dah bersedia

    ReplyDelete
  3. byk kejutan ni.. insyaAllah arap dipermudahkan segala urusan..

    mesti ada hikmah semua ni jadi.. =)
    diorang nk sruh nikah tahun ni jgk mngkin xnk timbul byk masalah.. positif je.. =)

    ReplyDelete
  4. Perancangan Allah tak siapa tahu kann...moga dipermudahkans emuanya Fara ..

    ReplyDelete
  5. Tahniah dah tunang dan dapat kerja baru...takpe.. percaya untuk semua telah ditakdirkanNya....u can settle it one by one... Berdua kan lebih baikkkk..heheee... Good luck okayhh !!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, maaf, akk terlewat baca kisah ni.. selamat bertunang, darling & semoga dipermudahkan segala urusannya nanti

    ReplyDelete
  7. sorryyy ain baru bukak blog fara.. hahahahhaa..kita baru hari ni nak baca luahan awak ni...semua orang ade 'kisah yang tersendiri' yang Tuhan berikan kepada kita. Sama ada kita kuat ataupun tidak untuk menghadapinya. i will always wish you the best in your life! take care.

    ReplyDelete
  8. Huda doa kan semoga semuanya berjalan lancar. Stay strong ok dear, I know u can.

    ReplyDelete
  9. Semoga segala urusan dipermudahkan. Jangan stress² ye.

    ReplyDelete
  10. eh eh awak da tukar header ekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan semua urusan Fara.. Aamiin..

    ReplyDelete
  12. Tahniah.
    Buat persediaan daripada sekarang.

    ReplyDelete
  13. insyallah semua benda yang jadi tu Allah da atur elok terbaik. timing Dia susun untuk kita.. follow the floooww dan semoga semua urusan dipermudahkan =)

    ReplyDelete
  14. Kita merancang. Allah merancang. Let go, let be. All the nest, Fara. Marilah golek-golek rumah kami hore-hore.

    ReplyDelete