Lunch Set RM12 di DoubleTree by Hilton Johor Bahru!

RM12 ja lunch set di hotel mewah? Boleh percaya ke?

Korang semua mesti tak sangka kan DoubleTree by Hilton Johor Bahru ada lunch set yang harganya berpatutan sebegitu. Fara pun pertama kali terkejut jugak wahhh betul ke harga dia begitu. Memang betul guys. Boleh dikatakan sangat berbaloi set lunch ni sebab termasuk sekali dengan air dan pencuci mulut. Hanya RM12 sahaja!


Lunch Set RM12 ni dia punya lauk sewaktu fara berkunjung ke sana ada tiga jenis iaitu lauk toufu, ikan dan ayam serta keropok ikan. Semua lauk tu dihidangkan bersama nasi putih, air dan pencuci mulut. Untuk pencuci mulut pula, pada haritu menunya ialah bubur kacang. 

Blogger Farahain yang gigih mengambil bubur kacang!
 Sedikit ulasan berkenaan dengan rasa set makan tengah hari tu.. Farah suka sangat lauk pauk dia sedap.. Rasa lemak,manis,masin semua cukup! Lauk ikan tu kita suka! Bubur kacang pun sedap tak terlalu manis dan tak terlalu tawar, sangat nice menepati citarasa saya.. Paling suka sekali suasana restoran Food Store ni. Suasana dia sangat menyenangkan. Kita boleh makan sambil santai and relax-relax dengan kawan!

Selain itu, ada juga makanan lain yang korang boleh beli untuk take away dah siap di bungkuskan. Harga dalam range RM12 to RM18.Depends dengan menu apa yang korang ambil tauu. 

Seketul Farah mencuba set daging Masala..  Set ni boleh take away.. dia dh sediakan dalam bekas siap2..Allahu tak tipu ini paling feverett sedap! Daging kambing dia lembut, segala rempah ratus pun semua memang rasa!
Di samping itu, farah nak highlightkan air hot chocolate dia. Susu atau krimer hot chocolate dia ni rasa lain daripada yang lain. Bau pun wangi ja. Rasa lemak berkrim serta mengenyangkan!

Hot Chocolate!
Di Food Store ini juga ada terjualnya kek dan pastry yang enak belaka. Yelah.. kot-kot ada yang teringin nak makan manisan-manisan seperti kek semua tu lepas makan kan.. 


Kami sempat lah membeli sepotong Honey Cake di Food Store tu. Rasa cinnamon and honey dia perfect!

Inilah Honey cake dia!

Oleh itu, kepada sesiapa yang teringin nak makan lunch set berbaloi RM12 ni ja... Boleh lah singgah di Food Store at DoubleTree by Hilton Johor Bahru! Kalau dari pintu masuk main dia di Lobby tu Food Store tu belah kanan! 


Post a Comment

2 Comments

  1. Rasa tak percaya tapi memang raga nya rm12. 👍👍👍 for doubletree by hilton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang harga dia berbaloi sangat. makanan pun sedap sis.. 👍👍👍

      Delete