![]() |
Photo: Freepik.com |
Assalamualaikum Semua!
Agak lama saya berehat dari dunia blogging dan media sosial. Ada lah juga rakan-rakan tertanya tanya keadaan saya. Mana perginya Faradidi ni. Rasanya dah hampir 5 bulan menyepi hilang dari radar. Tak ke mana pun, ada di samping keluargan tercinta. Bukan tak sudi nak menulis lagi, ada banyak perkara berlaku dan keadaan kesihatan saya pun kurang mengizinkan.
Selepas ja pulih dari covid 19 pada awal Mac 2021. Selama 3 bulan selepas saya pulih saya tak berapa sihat, alami sakit dada yang tidak ketahui puncanya, kadang-kadang ada rasa nafas tak cukup, cepat penat dan degupan jantung yang tidak stabil. Bila check di KK dengan Dr buat xtray semua dr kata paru-paru saya ok dan oxigen dalam badan pun tinggi. Cuma saya tak berkesempatan nak buat ECG untuk jantung sahaja. Kadang rasa penyakit saya ni macam misteri pulak tapi ini lah yang dialami oleh kebanyakkan bekas pesakit covid. Lama kelamaan saya redha jelah tunggu penyakit hilang sendiri. Pada masa yang sama, saya cuba untuk pulihkan kembali kesihatan, makan supplement, buat exercise ringan dan jaga pemakanan. Alhamdulillah dengan izin Allah ada jugalah improvement.
Dalam kesulitan, Allah hadirkan juga berita gembira buat saya dan suami. Pada awal bulan Jun, Allah hadirkan dua malaikat kecil dalam rahim saya. Sewaktu kandungan saya masih awal, saya masih lagi struggle untuk bernafas dengan baik sehingga kandungan saya dua bulan. Walapun keadaan saya begitu, saya buat tak endah ja. Saya cuba positifkan diri dan berharap Allah beri kesembuhan serta permudahkan urusan saya. Saya hanya nak fokus untuk kesihatan kandungan saya. Untuk trimester pertama, saya hilang berat 8kg disebabkan morning sickness yang agak teruk. Bila masuk trimester kedua barulah keadaan saya sedikit stabil. Saya sudah boleh bernafas dengan baik dan dapat tidur berkualiti. Kalau tak, saya macam orang tak terurus dan baring atas katil sahaja. Phone dan laptop juga tak sentuh. Setiap kali sentuh ja, baru buka dalam 5 minit terus mual lain macam. Itu sebabnya menyepi sahaja. Memang tak dapat nak buat kerja apa.
Pada bulan Julai, saya buat keputusan untuk berhenti kerja. Bukan saya tak suka kerja saya, tapi banyak faktor yang perlu dipertimbangkan dengan keadaan saya. Sesetengah orang tak faham kan kita punya morning sickness teruk, tenaga pun tak macam orang biasa. Tempat saya bekerja berisiko dan saya fikir dengan gaji kena potong separuh macam tak berbaloi saya risiko kan saya dan anak dalam kandungan untuk berkerja di situ. Sesetengah rakan sekerja suruh saya fikir dua tiga kali bab nak berhenti kerja ni, sebab akan bergantung sepenuhnya dengan pendapatan suami kan. Tapi tak jadi masalah pun, rezeki Allah ada di mana-mana. Saya boleh buat kerja lain dengan skills dan kudrat yang ada. Sekarang Alhamdulillah kehidupan saya lebih baik dan tenang, Saya ada masa nak buat macam-macam.
Sekian, entry kali ini tiada yang istimewa pun, sekadar luahan hati kisah kehidupan. Doakan saya diberikan kesihatan yang baik agar boleh terus menulis serta memberi manfaat kepada orang lain. 😊
6 Comments
Assalamualaikum didi ..yeayy.. youre back .. Alhamdulilah.. semoga didi sentiasa dipelihara oleh Allah swt... Take care ! Waiting for the next entry about twinnie nanti 😍😍😍
ReplyDeleteSemoga sihat selalu .
ReplyDeletealhamdulillah.. semoga ibu dan baby baik2 je..
ReplyDeletejg diri leklok.. =)
insyaAllah ada rezeki lain nt.. jika tu yg terbaik teruskan..
org xrasa apa yg kita rasa.. =)
semoga baik2 saja buat faradidi
ReplyDeleteSelamat kembali! Semoga sihat selalu
ReplyDeletetak pe...perlu rehat dulu
ReplyDelete