Worn Out

Photo: Canva.com

Allahu dalam beberapa bulan ni jadual memang pack gila dengan kerja. Tu yang dah bersarang blog ini. Memang tak menang tangan, badan pun balik rumah memang terbongkang tak cerita apa pun. Sabtu ahad cuti tu selalu melepak dengan kawan-kawan. Ni nak melepak pun tak sempat.

Kadang-kadang rindu masa kerja freelance dulu. Tulah, bila freelance banyak masa dengan keluarga. Cuma income sebulan tu tak tetap dan datang selepuk lah. Bila dah bekerja kau kena komited dengan kerja, segala passion you semua terkorban. Serius, rindu nak ada masa yang banyak untuk buat benda yang kita gembira.

Fara memang bercita cita satu tahap apabila duit simpanan dah stabil. Fara akan bekerja sendiri kembali. Fara nak bekerja dengan orang, sbb aku nak belajar banyak benda yang aku tak tahu. Pengalaman tu mahal. Pengalaman tak datang bergolek, kena cari. 

Walaupun Fara bekerja company sebelum2 ni, ada yang kena tindas. Fara tak tahu menahu bab segala benefit company. Gaji aku tak setimpal dengan apa yang sepatutnya aku dapat. Tu semua pengalaman. Sabar. Sbb aku percaya, Allah tu adil. Malas nak peningkan kepala kan. Masing-masing buat orang satu hari Allah akan balas.  

Tapi, korang kena pandai-pandai deal dengan segala kemungkinan yang berlaku di tempat kerja. Selalunya, buat diri tak happy bila gaji tak setimpal dengan workload. Bila bekerja lebih masa tak ada OT. Tapi tu kenyataan company sekarang, sometimes requires you bekerja lebih masa tapi tak bayar OT. Kita perlu berkira somehow, sbb tu hak kita. Sekali sekala bersuara lah. Sebab kadang kita diam orang tak paham. Kalau tak cakap majikan tak faham kadang. Kita tak boleh assume orang paham kita. 

Setiap company yang kita masuk, kita perlu bagi time limit. Kalau company tu tak boleh bagi apa yang kita nak dalam masa target kita dalam beberapa tahun tu. Maaflah, angkat kaki. InsyaAllah boleh ja survive kalau you byk skills. 

Usia yang muda macam kita ni. Kerja tak boleh memilih sangat. Selalu kena improve diri dengan skills yang market pekerjaan nak. Jangan malas nak belajar skills baru. Kalau umur masih 20s otak anda belum tumpul lagi ok. Ambil masa improve diri sama ada belajar sendiri atau belajar dengan orang lain. 

Bila dah ada banyak skills. Macam-macam side income pun boleh buat utk tambah kewangan yang sedia ada. Duit yang ada, jangan lokek dengan ibu ayah. Walaupun gaji sikit, hulur takat yang mampu. Kat situ, ada keberkatan. Even gaji sikit pun kau sentiasa rasa cukup dan tenang.

Lagi satu kena bersyukur. Tapi kalau kau dah kerja dh bertahun tahun kat situ. Tapi boss you tade offer better things baik blah. It's more than enough pengalaman you kat situ. You deserved more! 

Post harini sekadar untuk luahan dan nasihat untuk diri. Manusia kan, akan ada satu tahap bila penat sangat dia down sekejap nak kumpul segala tenaga kembali. Positif kan diri balik.

Post a Comment

8 Comments

  1. Good luck , tapi betul pengalaman turn lebih penting . Biarje mulut org

    ReplyDelete
  2. Take care, insyaallah semua akan baik2 aja untuk fara ;)

    ReplyDelete
  3. awal-awal nanti bila dah boleh biasakan diri, insyallah ok

    ReplyDelete
  4. bagus ada perancangan.. good luck... semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan semuanya Farah..tak sabarnyaaaa...

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan ayat last sekali..
    .. Manusia kan, akan ada satu tahap bila penat sangat dia down sekejap nak kumpul segala tenaga kembali. Positif kan diri balik....😢😢😢

    ReplyDelete
  7. akak pun ada masa rindu sangat dengan kerja lama. yang tak banyak komitmen. boleh tengok belek blog..sekarang kerja macam nak ape tah sibuk dia

    ReplyDelete