Crocs + Shaving Cream? Peliknya Trend Video Satisfying Kali Ini!

Makin menjadi jadi pula trend video satisfying ni. Semakin hari semakin pelik-pelik.
Sebelum ini, Slime lah, Picit jerawat lah, kerat sabun lah dan macam-macam lagi. Ada yang berpendapat video sebegini dapat kurangkan stress betul ke?

Kadang rasa diorang ni saja ja buat kerja tak bermanfaat kan. Membazir pun ada. Adik sedara kita dulu yang masa trend slime tu.. Dia siap gigih buat slime sendiri dan tengok video orang main slime tiap-tiap hari.. dah macam addicted pulak dah.. Tapi takpelah, asalkan diorang bahagia. Diorang rasa puas dan terlupa seketika tentang masalah yang dihadapi.


Maklumlah, lain orang lain caranya deal dengan masalah dan persekitaran hidup kan. Ada yang kurangkan stress dengan bershopping, berjalan, main games, dengar lagu dan sebagainya. Semua orang ada cara tersendirikan. Kalau kita lah, video yang kita addicted and tengok bila rasa nak release tension ialah video-video kucing di Instagram. hahaha. cuteness overload sangat.. Sebab kita suka binatang yang berbulu-bulu mcm kucing tu.. Kalau stress mmg cari kucing untuk nak pegang atau peluk..

Untuk trend satisfying video terbaru ni agak pelik lah bagi saya. Trend yang saja nak mengotorkan kasut dengan shaving cream. hahahaha. Terjumpa video ni masa tengah scroll Facebook lepas terawih td. Trend ni menggunakan kasut croc dan shaving cream tersebut di spray ke dalam kasut. Kemudian mereka akan pakai kasut tersebut dan keluar lah segala shaving cream tu ikut lubang-lubang angin kasut croc tu hahahaha.



Saja ja nak update pasal trend video sebegini. Apa pendapat korang? Apa jenis video yang korang rasa satisfying dan boleh hilangkan stress atau tekanan? Boleh lah berkongsi di ruangan komen di bawah!

Post a Comment

2 Comments

  1. ahahahahha macam tak best aje crocs dengan shaving cream tu...kalo kasut dia banyakkkkkkkkk lubang kecik2, haaa baru best..hahahhaha

    geram nengok crayons, sabun, dengan non-newtonmendetah kene lenyek dengan hydraulicsmendetah tuuu

    ReplyDelete