Hadiah Buat Papa dan Mama!


Alhamdulillah secara rasminya Farah Dinah Hassan sudah menamatkan pengajiannya dalam bidang kewartawanan di Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Bersyukur sangat. Tanpa sokongan mama dan papa tak jejak rasanya seorang Farah ke alam universiti.

Dalam kehidupan, kita memang selalu berusaha keras nak capai impian kita, tapi tanpa restu dan doa ibu bapa yang tak putus-putus memang tak dapat rasanya first class degree. Selain bertawakkal kepada pencipta, doa daripada ibu ayah kita sangat penting. Sakitnyaaa masa belajar terutamanya sewaktu tahun akhir tu terhapus begitu saja bila semua yang kita usahakan membuahkan hasil.


Segala kenangan pahit manis liku kehidupan di universiti biarlah tersimpan rapi dalam memori. Kini tiba masanya, membuka buku baru dan melangkah ke alam pekerjaan yang semakin mencabar ini. Rezeki pekerjaan yang sesuai ja masih belum ada. InsyaAllah suatu hari nanti adalah rezeki tu kan. Doa-doalah kan ya.

Cuma kena selalu ingatkan diri agar tidak berputus asa, rezeki belum berpihak pada kita. Lambat atau cepat perjalanan hidup seseorang, Allah dah aturkan. Jadi,  selalu lah mensyukuri apa yang kita ada sekarang sebab kita tak tahu orang lain sedang berperang untuk mendapatkan apa yang kita miliki kadang kala.

Nak lihat gambar preconvo kita 👇
Preconvo Bersama Rakan Seperjuangan!

Post a Comment

9 Comments

  1. tahniah fara... ain pun tumpang gembira..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tahniahhhh farah!

    ReplyDelete
  3. Tahniah Farah. Selamat menempuh alam pekerjaan. In shaa Allah ada lah rezeki nanti 😘💪🏻

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tahniah. Tak sabar nak tunggu Didi jadi reporter

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah...
    Tahniah Farah...moga terus membanggakan mama dan papanya ...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah Farah..
    Tahniah juga kepada pakcik dan makcik kerana Farah sudah berjaya menamatkan pengajian..
    Semoga dipermudahkan urusan dan all the best to you in the future..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah. ur parents mesti bangga =)

    ReplyDelete
  8. Wahhh tahniah dah great dah..

    ReplyDelete