Planner Cantik 2019

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, lagi beberapa  hari lagi dah nak masuk tahun baru. 
Semua dah ready ke nak sambut tahun baru tu?

Kalau korang tanya Fara dah ready ke belum. Jawapannya sudah. Tak sabar rasanya nak masuk tahun baru, mula hidup baru, buat banyak benda yang bermanfaat, explore benda baru, kenal kawan baru.

Rutin Fara pada setiap kali nak masuk tahun baharu, fara akan pergi ke kedai buku, cari planner, buku nota dan novel atau buku bacaan. Buku nota tu rasanya tak payah beli untuk tahun ni, sebab buku nota berlambak dah kat rumah orang bagi. banyak lagi yang belum digunakan.

Untuk planner pula, kali ini kita beli kat shopee je sebab sibuk dan tak menyempatlah nak pergi kedai buku. Puas tengok planner mana yang berkenan di hati dengan harga yang berpatutan.
Alhamdulillah jumpa jugak planner yang sesuai..

Tadaaaa! Ni dia planner pilihan kita!

Adik kita pun terjebak sekali beli! Yang belah kiri tu dia punya, kanan kita punya!
Kita beli Planner Ana by Brave Heart. Planner ni berbaloi sebab bewarna warni macam pelangi, design pun cantik sampai rasa sayang nak guna 😄

Dia bukan setakat planner sahaja, dia ada macam-macam content dalam dia. Antaranya ialah Financial Tracker, Quran Tracker, games, quotes. Even dapat free gift Ramadan Planner.

Inside Ramadan Planner
Okaylah. Harga sebenar RM25.00, beli dari shopee dapat kurang RM23.50.
Free postage pulak tu. And guna kupon dapat kurang lagi RM4.

Kalau tak sebelum-sebelum ini, kita beli planner yang formal yang biasa tu ja yang hanya ada kalendar sebab nipis senang bawa dalam bag. Tapi untuk tahun ni cari kelainan, nak cari planner yang cantik sikit.

Ada juga yang mempertikaikan dulu, kan ada handphone kenapa kau masih nak pakai planner bertulis lagi, kan leceh.

Pada dia leceh, tapi pada kita, kita suka sebab kita boleh compile and track balik aktiviti dengan mudah dalam satu buku.

Sesiapa yang berminat dengan planner ni, boleh lah klik link di bawah
Planner Cantik 2019

Selamat Menyambut Tahun Baru!
Semoga tahun baru ini lebih baik dari sebelumnya!

Post a Comment

7 Comments

  1. Waalaikumussalam..saya rabia..saya dah follow blog akak..cantik planner tu.

    ReplyDelete
  2. Cantiklaaaaa..
    Tahun ni Sis takde membeli, sebab banyak benau orang bagi diari hahahaha

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut tahun baru 2019 :)

    ReplyDelete
  4. alaa planner kita tak sampai lagi . sedih nye

    ReplyDelete