Percutian Bajet RM80 ke Tanjung Sepang


Pada cuti semester kali ini, saya dan rakan-rakan berkunjung lagi ke Tanjung Sepang buat kali kedua. Tetapi kali ini, kami tidak menginap seperti tahun lepas. Kami hanya sekadar ingin bermain air dan mengimbau kenangan tahun lepas sewaktu berkumpul bersama batch STPM 2013. Perjalanan kami dari Johor Bahru mengambil masa kira-kira hampir 1 jam 30 minit melalui Lebuhraya Senai-Desaru.


Sedikit Info Tanjung Sepang.
  • Terletak di kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. 
  • Jika dilihat dari peta Google, kawasan Tanjung Sepang sememangnya sebuah tanjung dan sepanjang tanjung ini diwujudkan beberapa pusat peranginan dan penginapan bagi sesiapa yang ingin menikmati keindahan alam dan laut.
  • Berdekatan dengan Desaru & Tanjung Balau.
  • Pantai bukan sahaja disediakan bagi penginap Resort di situ, pengunjung luar yang tidak mahu menginap juga boleh menikmati keindahan pantai tersebut.
  • Range harga tempat penginapan dalam RM200-400. Boleh lihat di http://tanjungsepang.com/room-rates/
  • Parking - RM10 per enty. Setiap kali masuk RM10. Ada juga parking free disediakan di luar resort kalau nak free.
  • Sesuai untuk aktiviti berkumpul bersama keluarga, rakan atau untuk tenangkan diri kerana tempat ni tidak sesak dan tidak ramai seperti di Desaru dan Tanjung Balau. 
  • Boleh mandi manda tak ada masalah cuma waktu air pasang dan laut bergelora tidak dibenarkan.
Pantai Tanjung Sepang ketika matahari naik

Pada pandangan saya, kawasan pantai cantik, bersih, tenang, tak sesak dan sangat sesuai bagi mereka yang tidak berapa suka keadaan pantai yang ramai orang atau boleh pergi hari weekdays kalau nak tak ada orang langsung. Dalam kawasan Tanjung Sepang Beach Resort, sangat redup dipayungi pokok-pokok yang besar. Terdapat juga pondok untuk berkumpul dan berehat bersama keluarga dan rakan. Tempat kegemaran kitaorang melepak dan makan. Ada juga disediakan buaian dan kerusi pantai untuk ketenangan, meikmati angin pantai dan suara ombak. Boleh dah sesiapa nak feeling macam di Hawaii. Kemudian, waktu malam, boleh BBQ makan ramai-ramai.

Paling best waktu malam BBQ ni kitaorang main games spinning bottle tu, lepas tu siapa yang terkena kenalah jawab jawapan dengan jujur atau kena 'dare' buat sesuatu yang mencabar. Permainan yang paling best malam tu, permainan Warewolves Vs Orang Kampung. Permainan dia simple kena teka siapa warewolves dia. Sorang akan suruh semua kejam mata dan siapa yang kena cuit tu dia lah warewolves. So, yang ada kat situ kena petik nama seseorang dan tentukan dia warewolves atau bukan. kalau orang tu salah, muka dia akan kena conteng dengan gincu.

Ayam BBQ yang kami panggang.






Pada tahun lepas, bajet kami ke Tanjung Sepang hanya RM 80 seorang  2 hari satu malam termasuk penginapan, makan dan BBQ semua. Kami ada 12 orang waktu tu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan masing-masing cukup makan semua sampai tak terhabis.

(RM80 per person x 12 = RM960)

Kiraan Anggaran:
Chalet – RM420
Kos untuk makan – RM360 (bahagian makanan kitaorang budak lelaki yang uruskan)
Kos lebihan utk barang keperluan BBQ & Minyak Kereta – RM180

Makanan:-
Breakfast kami beli beberapa bantal roti Gardenia, baked beans yang dalam tin, sardine, kaya. Konon nak pelbagaikan makan dengan roti. Sementara nak tunggu BBQ malam tersedia, petang tu kami beli mee goreng dan nasi goreng di kedai makanan berdekatan. Makan malam kami buat BBQ macam-macam ada, sangat meriah, sotong, ayam, udang, kentang semua ada sampai tak terhabis.

Batu yang menjadi tumpuan pengunjung. Tapi batu ni hanya boleh didekati bila air surut. Kalau tak hampir separuh badan batu tu ditenggelami air.

Saya dan rakan baik saya, Iffah bermain air. Kami memang pantang nampak air. 
Sekian, itu sahaja yang saya dapat kongsikan. Bila pergi je Tanjung Sepang, pasti throwback segala memori dengan diorang. Pertanyaan lanjut boleh dikemukan di ruangan 'comment' di bawah.


Post a Comment

0 Comments